
Rekaan Lenovo Pad Pro 2021 Terdedah?? Hadir Dengan Skrin 90Hz??!!
Lenovo secara rasmi telah menggoda peranti tablet canggih barunya yang mana ia telah didedahkan di laman sesawang Weibo. Peranti yang dikenali sebagai Lenovo Pad Pro 2021 bakal disertakan dengan skrin OLED 90Hz dengan sokongan untuk HDR10 dan DolbyVision. Menariknya, ia mempunyai kecerahan 600 nits, ia akan membawa sijil TÜV Rheinland untuk keselamatan mata, dan akan menampilkan resolusi 2560 x 1600 px.

Dari segi kuasa dalaman, ia disertakan dengan Snapdragon 870 dan menjalankan versi Windows 10 yang diubah suai untuk pemproses ARM.

Menurut imej yang terdedah, ia hadir dengan rekaan seakan sama seperti iPad Pro moden. hadir dengan bezel nipis yang menyembunyikan satu kamera menghadap ke depan, output quad-speaker, slot kad microSD, dan ia mungkin menawarkan butang kuasa dengan pengimbas cap jari tertanam.