Xiaomi Mi 10 Ultra Kini Rasmi – Tampil Dengan Snapdragon 865 & Pengecasan Pantas 120W!!

Xiaomi meneruskan langkah kanannya dengan memperkenalkan telefon pintar terbaharunya yang dikenali sebaga Xiaomi Mi 10 Ultra.

Peranti ini hadir dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.67″ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 865 dan dipadankan dengan RAM sebesar 16GB dan storan sebesar 512GB.

Dari aspek kamera pula ia hadir dengan 48MP + 48MP + 20MP + 12MP bagi kamera belakang dan 20MP bagi kamera hadapan.

Dari aspek bateri pula, ia tampil dengan 4500mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 120W yang mana dalam masa 23 minit sahaja peranti anda boleh di cas penuh.

Peranti ini dijual pada pasaran China pada harga China buat masa ini, Mi 10 Ultra dipasarkan bermula harga 5299 Yuan (kira-kira RM3199).

You might also like