Yahsat Umum Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

ABU DHABI, UAE, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ — Al Yah Satellite Communications Company (Yahsat) telah mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarahnya yang baharu. Musabbeh Al Kaabi, Ketua Pegawai Eksekutif platform Pelaburan UAE, Mubadala Investment Company PJSC (Mubadala), akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Badr Al Olama, Pengarah Eksekutif unit Kluster UAE dalam platform Pelaburan UAE Mubadala, akan menyertai sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Musabbeh Al Kaabi, Chairman of Yahsat
Musabbeh Al Kaabi, Chairman of Yahsat

Masood Sharif Mahmood juga akan turut serta sebagai Ahli Lembaga Pengarah, setelah melepaskan jawatan semasa beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yahsat Group berkuat kuasa mulai 18hb April, setelah hampir 9 tahun memegang jawatan tersebut. Ali Al Hashemi yang sekarang ini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya Telecommunications Company dan Pengurus Besar Yahsat Government Solutions, akan mengambil alih jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Yahsat Group mulai 18hb April 2021. 

Ahli Lembaga Pengarah baharu

Mengulas tentang pengumuman tersebut, Musabbeh Al Kaabi berkata, “Perubahan yang berlaku pada hari ini membuktikan dedikasi Yahsat dalam memperkukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai peneraju pasaran yang teguh dan juara ICT yang diiktiraf di seluruh dunia serta perancangan pewarisan yang berkesan untuk melatih bakat yang sesuai bagi memacu pertumbuhan masa depan syarikat.”

Melalui peranannya dalam Mubadala, Musabbeh Al Kaabi menyelia portfolio yang menyokong pemecutan dan transformasi berterusan UAE dengan melabur dalam peneraju kebangsaan, memupuk kluster industri dan komersial yang bertenaga serta bekerjasama dengan entiti global bertaraf dunia. Musabbeh juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaburan Mubadala yang memainkan peranan strategik memberi nasihat dalam semua keputusan pelaburan utama berkaitan dengan semua sektor dan perniagaan Mubadala.

Tambahan Badr Al Olama ke dalam Ahli Lembaga Pengarah membawa bersama pelbagai kepakaran melalui kapasiti beliau sebagai Pengarah Eksekutif unit Kluster UAE dalam Platform Pelaburan UAE Mubadala, menyelia pelbagai portfolio aset dalam pelbagai sektor termasuk teknologi, aeroangkasa dan penjagaan kesihatan serta inkubasi sektor baharu untuk mempelbagaikan lagi ekonomi UAE seperti tenaga bersih dan sains hayat.

Pelantikan Masood Sharif Mahmood sebagai Ahli Lembaga Pengarah akan memastikan Kumpulan tersebut terus mendapat manfaat daripada pengalaman luas dan kepemimpinan beliau yang lama dalam industri satelit serta peranannya sebagai pihak berkepentingan kanan dalam beberapa entiti UAE dan antarabangsa. Melalui jawatan ini, Masood akan bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan bagi memastikan peralihan jawatan yang lancar dan menyokong Kumpulan ini memperluas objektif strategiknya apabila memulakan pertumbuhan dan pembangunan ke peringkat seterusnya.

Mengulas tentang pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Masood Sharif Mahmood berkata: “Saya berbesar hati dapat terus menyokong syarikat secara aktif sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan yakin bahawa Yahsat akan terus memberi sumbangan yang signifikan kepada sektor angkasa dan ekonomi UAE dan seterusnya memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global dalam industri satelit.”

Pewarisan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif 

Pelantikan Ali Al Hashemi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Kumpulan Yahsat merupakan hasil langsung daripada inisiatif perancangan pewarisan jangka panjang Yahsat yang mendalam dan akan memastikan syarikat mengekalkan momentum pada visi dan objektif strategik yang merupakan inti pati perjalanan transformasi Yahsat, menjadikannya sebagai salah satu daripada lapan operator utama di dunia dalam hanya sepuluh tahun beroperasi.

Al Hashemi membawa bersama pengetahuan satelit dan pengalaman industri yang luas ke dalam jawatan tersebut dan beliau kini memegang dua jawatan iaitu sebagai Pengurus Besar Yahsat Government Solutions serta Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya Telecommunications Company, subsidiari perkhidmatan satelit mudah alih Yahsat. Dengan menerapkan latar belakang beliau dalam Kejuruteraan Mekanikal dan MBA dalam Perniagaan dari London Business School, beliau telah menyelia tempoh pertumbuhan yang signifikan dan berterusan di bahagian Perkhidmatan Kerajaan Yahsat, memperoleh beberapa kontrak jangka panjang utama dengan Angkatan Tentera UAE dan Kerajaan UAE untuk mengukuhkan kedudukan Yahsat sebagai rakan kongsi pilihan dan dipercayai dalam penyelesaian satelit negara tersebut. Dalam tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya, beliau telah berjaya mengubah syarikat tersebut dalam tempoh 2 tahun dan dengan pembinaan Thuraya 4-NGS iaitu sistem satelit generasi akan datang yang diumumkan baru-baru ini, portfolio produk dan penyelesaian Kumpulan ini akan dipertingkatkan lagi untuk kedua-dua pelanggan kerajaan dan komersial, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri penyelesaian satelit mudah alih. 

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/yahsat-umum-pelantikan-ahli-lembaga-pengarah-dan-ketua-pegawai-eksekutif-baharu.jpg  

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/yahsat-umum-pelantikan-ahli-lembaga-pengarah-dan-ketua-pegawai-eksekutif-baharu-1.jpg  

Foto: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/yahsat-umum-pelantikan-ahli-lembaga-pengarah-dan-ketua-pegawai-eksekutif-baharu-2.jpg

Badr Al Olama and Masood M. Sharif Mahmood, new members of Yahsat’s Board of Directors
Badr Al Olama and Masood M. Sharif Mahmood, new members of Yahsat’s Board of Directors
Ali Al Hashemi, Chief Executive Officer Designate – Yahsat Group
Ali Al Hashemi, Chief Executive Officer Designate – Yahsat Group

Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Personnel announcements

Source: PRNEWSWIRE

You might also like