Tingkatkan Produktiviti Anda ke Tahap Seterusnya dengan Work Shift Calendar (Shifter) dalam AppGallery Hari Ini

129
- Iklan -

Pengguna aktif harian aplikasi ini telah melonjak sebanyak 16 kali ganda berikutan integrasi kemampuan HMS Huawei 

SHENZHEN, China, 26 Februari 2021 /PRNewswire/ — Aplikasi kalendar terkemuka oleh LRHSoft, Work Shift Calendar (Shifter), kini tersedia di AppGallery. Ia telah terkenal di kalangan pengguna Huawei dengan lebih daripada 1 juta pengguna setakat ini, aplikasi produktiviti mudah yang sangat berguna ini direka khusus untuk pekerja syif dan mereka yang perlu mengatur jadual setiap hari untuk membantu mereka kekal terurus dan untuk merancang hari kemudian mereka.  

Available in more than 30 languages, Work Shift Calendar (Shifter) provides a wide range of useful features to help users stay on top of their tasks.
Available in more than 30 languages, Work Shift Calendar (Shifter) provides a wide range of useful features to help users stay on top of their tasks.

Tersedia dalam lebih daripada 30 bahasa, Work Shift Calendar (Shifter) menyediakan pelbagai ciri berguna untuk membantu pengguna menjalankan tugas mereka. Sebagai contoh, aplikasi ini membolehkan pengguna mengkonfigurasi kalendar syif mereka hingga ke keterangan paling terperinci, termasuk pilihan untuk memasukkan pertukaran syif dan waktu rehat serta memperincikan pelbagai tindakan yang diperlukan pada awal atau akhir setiap syif. Pengguna juga boleh menetapkan penggera yang unik untuk syif yang berbeza bagi membantu mereka mengenal pasti syif yang akan datang dengan cepat tanpa perlu melihat peranti mereka.

LRHSoft amat komited untuk memberikan bantuan terbaik untuk pekerja syif dan ini diterjemahkan dalam banyak fungsi kualiti hidup yang tersedia dalam Work Shift Calendar (Shifter). Aplikasi ini membolehkan pengguna menyesuaikan penampilan setiap syif pada kalendar melalui pilihan seperti warna latar belakang serta warna dan ukuran teks untuk membantu pengguna agar sentiasa mengikuti jadual mereka dengan mudah secara sepintas lalu. Tambahan pula, terdapat tetapan Pendapatan yang membolehkan pengguna memasukkan gaji dan waktu bekerja mereka untuk mengira jumlah pendapatan dan merancang matlamat pendapatan mereka.

Work Shift Calendar (Shifter) tersedia untuk dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna tetapi LRHSoft memahami bahawa pengguna mempunyai pelbagai keperluan dengan pengguna yang hebat memerlukan lebih banyak ciri daripada yang lain dan dengan itu, aplikasi ini didatangkan dengan pilihan premium yang tersedia kepada pengguna yang ingin membeli secara dalam aplikasi. Versi pro ini menawarkan penyesuaian dan kemampuan yang jauh lebih tinggi – termasuk pilihan perkongsian format PDF, pendua syif, penomboran minggu, keupayaan untuk menambah imej dan banyak lagi.

AppGallery Memperkasakan Pembangun dengan HMS Core untuk Meningkatkan Pengalaman Aplikasi 

Untuk memberikan pengguna kuasa pilihan untuk membeli versi premium, pemaju di LRHSoft bekerjasama erat dengan Huawei untuk mengintegrasikan kit Pembelian Dalam Aplikasi daripada Perkhidmatan Bergerak Huawei (HMS) Core, satu rangkaian keupayaan peranti terbuka dan awan yang dirancang untuk memperkasakan inovasi aplikasi. Dengan Kit Pembelian Dalam Aplikasi HUAWEI, pengguna boleh membeli ciri-ciri Pro dengan selamat dan mudah dengan satu atau dua ketikan.

Penyepaduan dengan kit tersebut juga telah terbukti sangat bermanfaat bagi LRHSoft. Pengguna aktif harian bagi aplikasi tersebut telah meningkat 1,600% kepada lebih 570,000 orang pengguna dalam tempoh beberapa minggu di AppGallery sejak kit tersebut diperkenalkan. Selain itu, keseluruhan proses integrasi berjalan lancar hasil daripada sokongan pantas dari Huawei yang membantu LRHSoft menangani masalah teknikal mereka tanpa mengganggu perkhidmatan mereka.

“Kami sangat teruja untuk menggunakan AppGallery dan menyampaikan Work Shift Calendar (Shifter) kepada berjuta-juta pengguna Huawei,” kata María Spreáfico, Pengurus Pemasaran di LRHSoft. “Proses penggabungan dengan AppGallery dan integrasi Kit Pembelian Dalam Aplikasi HUAWEI juga mampu memuaskan hati para pengguna. Dedikasi pasukan terhadap kejayaan kami adalah sesuatu yang jarang dialami oleh para pembangun dan ini memberikan lebih banyak keyakinan.”

Work Shift Calendar (Shifter) tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui AppGallery di https://appgallery.huawei.com/#/app/C101666933 .

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari Forum Pembangun Huawei di https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/forum/devhub .

Tentang AppGallery – Salah Satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia

AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna.  Keupayaan pada Teras HMS unik yang kami hasilkan membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar – ini merupakan sebahagian daripada strategi “1+8+N” kami yang lebih luas di Huawei.

Dengan AppGallery, visi kami adalah untuk menjadikannya platform pengedaran aplikasi yang terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan pada masa yang sama, ia melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat sambil memberikan pengalaman yang unik dan pintar kepada mereka. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi teratas di seluruh dunia, AppGallery menawarkan pelbagai Aplikasi global dan tempatan yang merangkumi 18 kategori, termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan banyak lagi. AppGallery tersedia di lebih daripada 170 buah negara dan rantau dengan lebih 530 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Huawei telah bekerjasama dengan 2.3 juta pembangun di seluruh dunia dan jumlah muat turun daripada AppGallery telah mencecah 384.4 bilion kali dalam tahun 2020.

Tentang HMS Core – Blok Pembinaan Ekosistem yang Komprehensif Memperkasakan Pembangunan Aplikasi

HMS Core menawarkan pelbagai keupayaan peranti dan awan terbuka yang memudahkan pembangunan yang cekap, pertumbuhan pantas dan pengewangan yang fleksibel. Ini membolehkan pembangun global meneruskan inovasi yang menakjubkan, menyampaikan pengalaman pengguna peringkat seterusnya dan menjadikan kandungan dan perkhidmatan premium boleh diakses secara meluas.

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2021/02/tingkatkan-produktiviti-anda-ke-tahap-seterusnya-dengan-work-shift-calendar-shifter-dalam-appgallery-hari-ini.jpg  

Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services

Source: PRNEWSWIRE