
Microland Melantik Veteran Industri, Vivek Radhakrishnan sebagai Naib Presiden Kanan, Amerika Utara
![]() |
BENGALURU, India, ISELIN, New Jersey dan LONDON, 1 Februari 2021 /PRNewswire/ — Microland, sebuah syarikat transformasi digital global hari ini mengumumkan pelantikan Vivek Radhakrishnan sebagai Naib Presiden Kanan, Amerika Utara untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan di rantau ini. Dalam jawatannya, Vivek akan bertanggungjawab untuk semua perniagaan Microland di AS dan beliau akan ditempatkan di Iselin, New Jersey.
Vivek menyertai Microland dengan membawa bersama rekod kejayaan selama 25 tahun dalam memacu agenda transformasi digital kepada pelanggan di pelbagai sektor termasuk Perbankan, Perkhidmatan Kewangan & Insurans, Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat serta Tenaga & Utiliti. Vivek pernah memegang beberapa jawatan kepemimpinan dengan firma-firma perkhidmatan IT utama dan bertanggungjawab dalam peranan perniagaan utama yang merangkumi Jualan, Penghantaran dan Penyelesaian Kejuruteraan.
Vivek ialah seorang eksekutif berorientasikan hasil yang bersemangat untuk membawa strategi pertumbuhan yang tinggi kepada pelanggannya dan cemerlang dalam menguruskan tadbir urus eksekutif melalui kitaran hayat operasi di seluruh projek transformasi yang kompleks. Beliau amat komited untuk memacu inovasi dan amalan terbaik dalam penglibatan pelanggan bagi membantu memenuhi objektif strategik mereka dan melangkaui matlamat perniagaan mereka.
Ashish Mahadwar, Presiden Microland berkata, “Saya berbesar hati mengalu-alukan pelantikan Vivek ke dalam pasukan kepemimpinan Microland. Pengalaman operasi Vivek yang luas dalam pelbagai jawatan perniagaan akan meningkatkan keupayaan transformasi digital kami di Amerika dan seterusnya mempercepatkan pertumbuhan kami. Keadaan dunia yang dilanda pandemik mewujudkan keperluan penting untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur IT inovatif bagi memenuhi keperluan baharu pelanggan kami dan membantu mereka menangani cabaran baharu ini. Saya percaya pengiktirafan Microland baru-baru ini sebagai peneraju dalam Gartner Magic Quadrant for Managed Network Services* mencerminkan keupayaan kami untuk menghasilkan sejumlah penyelesaian inovatif yang luas bagi menangani cabaran pelanggan. Pengalaman Vivek menguruskan hubungan global akan memberi kesan yang positif kepada Microland dalam meningkatkan hubungan pelanggan kami. Pengalaman luar biasa beliau dalam memacu agenda transformasi Pelanggan akan membantu Microland melaksanakan penyelesaian “normal baharu” dengan lebih baik.”
Mengulas tentang pelantikannya, Vivek Radhakrishnan berkata: “Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada Microland yang mempunyai tumpuan yang mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap sektor perkhidmatan infrastruktur IT and IIoT. Sepanjang 3 dekad yang lalu, Microland telah menyesuaikan diri secara berterusan bagi menambahkan nilai dalam permintaan pelanggannya yang sentiasa berubah-ubah terhadap landskap teknologi dan perniagaan yang pantas berubah. Dunia pasca pandemik menawarkan peluang pertumbuhan yang sangat besar untuk sebuah syarikat seperti Microland dan saya berharap dapat menyumbang dalam merealisasikan matlamatnya.”
Sumber(*) : Gartner, Magic Quadrant for Managed Network Services, Ted Corbett et al., 09 Nov 2020
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau sebutan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, sehubungan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Tentang Microland
Penyampaian digital Microland dan “Merealisasikan Digital” (“Making Digital Happen”) membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan pihak perusahaan untuk menggunakan infrastruktur NextGen Digital. Kami mengaktifkannya dengan menggunakan kepakaran kami di Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian—memastikan tahap kecemerlangan dapat diramalkan, boleh dipercayai dan stabil.
Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perniagaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih daripada 4,500 pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.
Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Outsourcing Businesses Personnel announcements Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE