
ElectrifAi Menawarkan Model Pembelajaran Mesin Baharu untuk Amazon SageMaker
![]() |
Menyampaikan penyelesaian perniagaan melalui pembelajaran mesin yang pantas dan boleh dipercayai
JERSEY CITY, New Jersey, 12 November 2020 /PRNewswire/ — ElectrifAi, salah sebuah syarikat terkemuka di dunia dalam model kecerdasan buatan (AI) praktikal dan model pembelajaran mesin (ML) pra-binaan, hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan salah satu koleksi model ML pra-terlatih dan pra-berstruktur terbesar di dunia untuk Amazon SageMaker yang ditawarkan untuk jualan. Amazon SageMaker adalah perkhidmatan yang dikendalikan sepenuhnya daripada Amazon Web Services (AWS) yang menyediakan setiap pembangun dan saintis data dengan kemampuan untuk membina, melatih dan menggunakan model ML dengan cepat.
Memberikan hasil yang pantas dan boleh dipercayai, ElectrifAi dengan sukacitanya mengumumkan bahawa 36 model ML pra-terlatih untuk Amazon SageMaker telah ditambahkan ke AWS Marketplace. Kepakaran domain ElectrifAi dalam beberapa bidang (termasuk Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans, Komunikasi, Media, Hiburan, Penjagaan Kesihatan dan Pengguna/Peruncitan) ditambah dengan pengalaman ML selama 16 tahun memberikan penyelesaian perniagaan yang sedia untuk digunakan. Pelanggan kini dapat melihat hasilnya hanya dalam beberapa hari dan minggu berbanding mengambil masa 12 hingga 18 bulan sebelum ini kerana penyelesaian ini telah mengubah data menjadi wawasan yang boleh dilaksanakan.
Pengguna AWS Marketplace kini boleh membuka wawasan tentang data menggunakan model ML ElectrifAi yang berdasarkan kes penggunaan khusus dalam industri. Ini memungkinkan penyebaran, penskalaan dan penjanaan wawasan kompleks segera yang akan mendorong peningkatan kos, keuntungan dan prestasi. Sejak tahun 2004, ElectrifAi telah menghasilkan tindakan perniagaan yang pantas dan keputusan perniagaan yang berjaya. Pelanggan telah mendapat penyelesaian di luar kotak yang menjimatkan masa dan wang berbanding membangunkan model sendiri.
“Kami telah terlibat dalam pembelajaran mesin selama lebih 16 tahun dan mempunyai kepakaran yang mendalam dalam pelbagai bidang. Model pembelajaran mesin kami membantu pelanggan kami mendorong peningkatan kos, keuntungan dan prestasi dengan pantas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ElectrifAi, Ed Scott.
Melalui perbualan penemuan dengan pelanggan, kami membantu mengenal pasti masalah perniagaan yang cuba diselesaikan oleh pelanggan ElectrifAi dan apa yang ingin dicapai. Setelah perbincangan awal dan menganalisis data, ElectrifAi menentukan model pra-latihan kes penggunaan sesuai yang paling tepat untuk memenuhi kehendak pelanggan bagi mencapai hasil yang diharapkan. Setelah model data biasa disediakan, ElectrifAi melatih model tersebut dengan data pelanggan dalam persekitaran mereka sendiri untuk menghasilkan isyarat yang berkaitan dengan hasil yang diharapkan. Tiada model yang 100% tepat; tetapi dengan pengalaman dan kepakaran domain ElectrifAi, model tersebut boleh diselaraskan agar sesuai dengan tujuan dan toleransi risiko pelanggan. ElectrifAi menamakan model tersebut “Pra-berstruktur”, kerana ia memerlukan pengubahsuaian dan penalaan minimum. Model Pra-berstruktur ini menavigasi nuansa yang berbeza dari satu pelanggan ke pelanggan yang lain dalam industri tertentu. Untuk pengurangan perpindahan pelanggan sebagai contoh, ElectrifAi menggunakan beberapa model pra-berstruktur untuk pemodelan segmentasi dan kecenderungan. ElectrifAi mempunyai sejarah yang panjang dalam membangun model ML, menyempurnakan model untuk mencapai pandangan yang tepat dan mengatur beberapa model untuk membina kes penggunaan bagi memberikan hasil perniagaan yang berjaya.
Luming Wang, Ketua Pegawai Teknologi ElectrifAi mengatakan, “Kami mempunyai proses yang kami sebut sebagai kilang model pembelajaran mesin dengan model pra-terlatih, pra-berstruktur dan baharu yang dicipta untuk menangani masalah khusus pelanggan. Modelnya dapat dijelaskan dan diuji untuk mengetahui bias, menghasilkan pandangan yang mudah difahami untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan sebenar.”
Jim McGowan, Ketua Produk, ElectrifAi berkata, “Semasa membina model untuk syarikat anda yang khusus untuk sesuatu industri, kami mungkin sudah mempunyai beberapa bahagian yang dapat kami sediakan dengan cepat dengan banyak ketelusan supaya anda hanya perlu menambah apa yang kurang sahaja dan prosesnya akan menjadi lebih pantas. Anda juga akan mendapat sokongan daripada pasukan saintis data tambahan yang dapat membantu memberikan latihan semula atau penyesuaian kepada model ini. Kami bukan hanya menjual perisian, kerana kami memahami domain dan dapat membina model untuk menyelesaikan masalah kes penggunaan perniagaan akhir. Dalam dunia dengan pengurangan peruntukan dan permintaan yang semakin meningkat, kami dapat menyediakan penyelesaian yang sedia untuk digunakan semasa anda menyelesaikan masalah lain yang penting secara strategik untuk syarikat anda.”
ML mengautomatikkan apa yang dilakukan orang secara manual ketika melihat sejumlah besar data, seperti ramalan pendapatan, penjangkaan permintaan, mengenal pasti dan mengurangkan perpindahan pelanggan, mengenal pasti prospek pelanggan berkualiti tinggi, pengesanan penipuan, pengurusan risiko, analisis lanjutan dan pemprosesan bahasa tabii. Model ML ini boleh membantu syarikat mencapai transformasi digital dengan jayanya. ElectrifAi sudah melakukan kerja keras itu. Yang tinggal untuk pelanggan lakukan adalah untuk menjalankan data melalui model ML pra-terlatih atau pra-berstruktur ini dalam persekitaran mereka sendiri dan menyatukan output ke dalam aplikasi perniagaan mereka sendiri. Model ElectrifAi untuk Amazon SageMaker yang terdapat di AWS Marketplace telah disusun bersama-sama dalam kes penggunaan untuk menyelesaikan masalah perniagaan sebenar.
Model ML di AWS Marketplace boleh didapati di seluruh dunia. Sila klik di sini untuk mengakses model yang telah dilatih dan perkhidmatan yang berkaitan untuk membantu mempercepatkan penggunaan ML dalam organisasi anda.
Tentang ElectrifAi
ElectrifAi adalah peneraju global dalam model pembelajaran mesin yang siap tersedia untuk perniagaan. Misi ElectrifAi adalah untuk membantu organisasi mengubah cara mereka bekerja melalui pembelajaran mesin: mendorong pengurangan kos serta peningkatan keuntungan dan prestasi. Ditubuhkan pada tahun 2004, ElectrifAi menawarkan kepimpinan industri berpengalaman, pasukan global dengan kepakaran domain dan rekod yang terbukti untuk mengubah data berstruktur dan tidak berstruktur pada skala besar. Perpustakaan besar produk berasaskan Ai menjangkau fungsi perniagaan, sistem data dan pasukan untuk mendorong hasil yang unggul dalam jangka masa yang singkat. ElectrifAi mempunyai kira-kira 200 saintis data, jurutera perisian dan pekerja dengan rekod yang telah terbukti dalam urusan dengan lebih dari 2,000 pelaksanaan pelanggan, kebanyakannya untuk syarikat Fortune 500. Intipati misi ElectrifAi adalah komitmen untuk menjadikan Ai dan pembelajaran mesin lebih difahami, praktikal dan menguntungkan bagi perniagaan dan industri di seluruh dunia. ElectrifAi beribu pejabat di Jersey City, dengan pejabat-pejabat yang terletak di Shanghai dan New Delhi.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE