Nokia 2.4 dilancarkan!!! – Kamera Berteknologi AI, Hayat Bateri Bertempoh dua hari & Skrin HD+ Besar !!

HMD Global, pengeluar telefon bimbit Nokia, telah memperkenalkan Nokia 2.4 pada hari ini, yang bakal ditawarkan melalui pelbagai saluran – pakej pascabayar RedONE, kedai dalam talian Macpie, Shopee, serta melalui outlet runcit Nokia. Nokia 2.4 generasi terbaharu membawakan pengimejan AI canggih yang hadir dengan mod Malam (Night) dan mod Potret (Portrait), sekali gus menaik taraf kualiti gambar yang ingin diambil. 

Para pengguna juga dapat menonton, belajar dan mencipta dengan lebih efektif menerusi skrin HD+ besar yang bersaiz 6.5 inci. Serta dengan hayat bateri bertempoh dua harinya, anda dapat menikmati aplikasi serta permainan video kegemaran anda dengan lebih lama. Membawakan ciri-ciri moden yang asas seperti sensor cap jari dan Face Unlock, anda dapat menikmati akses yang lebih lancar serta sekuriti tambahan.

Nokia 2.4 membawakan fungsi moden yang asas, seperti kemudahan mengakses peranti dengan segera melalui sensor cap jari dan AI Face Unlock, sekali gus menawarkan fleksibiliti penggunaan kepada pemilik telefon pintar ini. Berpegang kepada asal-usul Finland, Nokia 2.4 hadir dengan reka bentuk yang lasak, ia bukan sahaja dirumus untuk kelihatan cantik, malah berupaya untuk tahan lebih lama.

Telefon pintar yang dilitupi dengan tekstur nano 3D ini dapat dimuatkan dalam tangan anda dengan sempurna, dan ia hadir dengan kemasan yang menawan dalam pelet warna berunsurkan Nordik. Tambahan lagi, casis logam tuangan dengan kerangka polikarbonat menjadikan telefon pintar ini lebih teguh, digandingkan kualiti binaan yang selesa untuk dipegang, sinonim dengan telefon bimbit keluaran Nokia.

Harga dan ketersediaan 

You might also like