Boost & iPrice Membawa Jutaan Produk & Perbandingan Harga Kepada Pengguna E-Dompet

Pengguna e-dompet Boost kini boleh mengakses jutaan produk daripada ribuan peniaga di seluruh Malaysia. Syarikat pengagregat e-dagang ternama tesebut menjanjikan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk pengguna Boost, dengan menyediakan pelantar yang boleh membandingkan produk, harga dan jadual penghantaran.

Di samping itu, ia juga menawarkan baucer dan kupon kepada pengguna. Dengan menggunakan e-dompet gaya hidup tempatan Boost, konsumer kini boleh membandingkan harga secara mudah dan memperoleh tawaran terbaik dengan pengalaman lebih selamat dan mengujakan.  

Pengguna Boost kini boleh menikmati akses kepada jutaan produk melalui pengalaman membeli-belah yang lancar di aplikasi, sila rujuk pada langkah mudah berikut:

  1. Buka app Boost e-Wallet app dan klik “Do More” (ikon Boost)
  2. Klik “More”, tatal bawah ke “online shopping” dan klik ‘iPrice  ‘
  3. Semak produk, bandingkan harga, baca maklumat produk kemudian pilih produk yang ingin dibeli  
  4. Klik “checkout,” isikan maklumat anda, seterusnya klik “Pay with Boost” 

iPrice sejak awal lagi mengamalkan pendekatan yang mengetengahkan pengguna; sebahagian visi syarikat adalah untuk menyediakan maklumat terbaik kepada pengguna di Asia Tenggara, membolehkan mereka membuat keputusan berkaitan pembelian dengan bijak serta cara yang paling lancar dan mudah diakses. 

Bukan sahaja iPrice menyediakan pengguna Boost dengan maklumat untuk memudahkan pembelian pintar melalui e-Dompet kegemaran semua, tetapi juga bakal memperkenalkan ribuan rakan pedagang kepada ekosistem Boost.  

You might also like