VeChain Bekerjasama Dengan Grant Thornton Blockchain Cyprus Untuk Sediakan Penyelesaian Rantaian Blok Lanjutan

SINGAPURA, 20 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Grant Thornton Cyprus, salah satu rangkaian perkhidmatan profesional terbesar di dunia bagi syarikat perakaunan dan perunding bebas, bekerjasama dengan rantaian blok awam mesra syarikat terkemuka di dunia, VeChain.

Perkongsian ini bertujuan untuk memasangkan dan menggunakan penyelesaian rantaian blok maju VeChain untuk pelbagai industri dalam rangkaian pelanggan Grant Thornton. Calon pelanggan ialah penggiat utama industri masing-masing, yang merangkumi sektor makanan, farmaseutikal, logistik dan automotif, antara lainnya.

Menghubungkan Kepercayaan Menggunakan Teknologi Rantaian Blok

Pada bulan September 2018, Grant Thornton Cyprus mengembangkan perkhidmatan teknologinya dengan pelancaran barisan perkhidmatan rantaian blook baharu. Jabatan rantaian blok ini dimulakan dengan kerjasama jaringan global Grant Thornton, dengan kehadiran di lebih 135 negara.

Jabatan khusus akan bekerjasama dengan pakar teknikal dan perindustrian VeChain untuk menyampaikan dan melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan dengan rantaian blok untuk pelanggan Grant Thornton, baik dari dalam maupun luar negara.

Penubuhan jabatan perkhidmatan rantaian blok yang berdedikasi membuktikan bahawa Grant Thornton Cyprus mempunyai visi dan pandangan jauh untuk mengenali potensi teknologi rantaian blok yang membolehkan penggunaan dan pertukaran data yang tidak dapat diubah dalam dunia perniagaan.

Sektor seperti pengurusan rantaian bekalan, tenaga boleh diperbaharui, e-dagang, hiburan, kesihatan, kewangan dan banyak lagi akan terjejas secara positif dengan penggunaan rantaian blok. Dengan perkongsian ini, teknologi rantaian blok terkemuka di industri VeChain akan membantu Grant Thornton Cyprus untuk memberikan penyelesaian terbaik yang boleh dipercayai oleh pelanggan mereka.

Perkongsian Membuka Pintu Kepada Ribuan Syarikat Untuk Mengamalkan Rantaian Blok

Dengan kemampuan pembangunan dalaman yang mantap ditambah dengan bimbingan profesional daripada rakan strategik seperti PwC dan DNV GL, VeChain telah menjalin kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka merentas pelbagai industri dan meneruskan peningkatan berterusan dan penggunaan platform BaaS data sehenti, VeChain ToolChainTM.

Sunny Lu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif di VeChain, berkata, “Pandemik ini telah menjadi penstrukturan semula susunan ekonomi global yang tidak dapat dielakkan, yang menekankan kepada keperluan mempercepatkan pendigitalan yang meningkatkan keperluan penyelesaian digital dalam pasca pandemik. Kami berdedikasi untuk meneroka lebih banyak senario perniagaan dengan rakan kongsi kami Grant Thornton Blockchain Cyprus dan teruja dengan jangkaan hasil daripada perkongsian ini. “

Dibangunkan menggunakan pengalaman luas VeChain dalam pelaksanaan teknologi rantaian blok dalam senario perniagaan sebenar, VeChain ToolChainTM telah menjadi alat standard perniagaan yang siap digunakan untuk penyepaduan dan penerimaan rantaian blok. Infrastruktur VeChain ToolChainTM yang mantap akan memberikan sokongan yang stabil, selamat dan cekap kepada Grant Thornton Blockchain Cyprus.

Menggabungkan perundingan profesional Grant Thornton dan teknologi rantaian blok terkemuka di pasaran VeChain, perkongsian ini akan membuka pintu kepada ribuan syarikat yang berminat untuk meneroka peluang dunia yang baharu melalui pelaksanaan teknologi ini.

Alexis Nicolaou, Pengarah Grant Thornton Cyprus bagi Distributed Ledger Technology berkata: “Seiring dengan kemunculan undang-undang yang mengatur Teknologi Rantaian Blok di Cyprus yang sudah pasti terjadi, Grant Thornton Cyprus sedang melabur dalam kerjasama dengan perniagaan terkemuka dalam industri ini, sehingga dapat memenuhi keperluan kumpulan pelanggannya dan syarikat tempatan dan asing yang lain. Rangkaian aplikasi yang luas yang ditawarkan oleh VeChain ToolChainTM, akan membantu kami dalam memenuhi keperluan tersebut dengan cara yang paling berkesan dan cekap”.

Latar Belakang VeChain

Sebagai platform rantaian blok awam mesra perusahaan terkemuka, VeChain bermula pada tahun 2015 dan menyasarkan untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia nyata dengan menyediakan perusahaan dengan penyelesaian rantaian blok yang sesuai untuk keperluan perniagaan mereka dan membina platform ekosistem perniagaan bebas kepercayaan dan teragih untuk nilai perniagaan. Dengan VeChain ToolChain™, platform BaaS data sehenti, VeChain akan terus mempromosikan aplikasi teknologi rantaian blok berskala besar, membantu klien perusahaan dalam transformasi pendigitan, dan akhirnya merealisasikan visi jangka panjang untuk mendayakan ekonomi sebenar.

VeChain ialah pelopor aplikasi perniagaan dunia nyata, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Beijing, Paris, Amerika, Itali dan San Francisco. Dengan keupayaan pembangunan bebas yang mantap, dan panduan kepatuhan profesional rakan kongsi strategik kami, PwC (salah satu daripada empat syarikat perakaunan terkemuka di dunia) dan DNV GL (sebuah masyarakat penilaian dan pensijilan global terkemuka), VeChain telah menjalin kerjasama dengan banyak syarikat terkemuka dalam pelbagai industri, termasuk Walmart China, Bayer China, BMW, BYD Auto, PICC, H&M, ENN, Shanghai Gas, LVMH, DIG, ASI dll. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati laman web rasmi www.vechain.com

Latar Belakang Grant Thornton Cyprus

Grant Thornton Cyprus ialah salah satu syarikat perakaunan tertua di pulau ini. Ditubuhkan pada tahun 1942, firma ini menjadi syarikat anggota dalam Grant Thornton International pada tahun 1982. Ia menawarkan pelbagai jaminan, cukai, khidmat nasihat pakar dan sokongan perniagaan kepada pelanggan dari syarikat awam dan syarikat multinasional hinggalah agensi kerajaan dan perniagaan swasta merentas spektrum industri. Sebagai syarikat ahli dalam Grant Thornton International, kami dapat menggabungkan pengetahuan dan pengalaman pasaran tempatan kami dengan teknologi, metodologi dan sumber kepakaran organisasi perkhidmatan profesional di barisan hadapan profesion perakaunan global

Pada bulan September 2018, Grant Thornton (Cyprus) Limited mengembangkan perkhidmatan teknologinya dengan pelancaran barisan perkhidmatan baharu. Jabatan teknologi lejar yang diagihkan (atau rantaian blok) telah memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan pelaksanaan teknologi DLT untuk perniagaan tempatan dan asing.

Bekerjasama dengan jaringan global Grant Thornton, dengan kehadiran di lebih 135 negara, yang telah banyak melabur dalam bidang ini, pasukan ini akan menawarkan penyelesaian bersepadu termasuk laporan kelayakan, bukti konsep, reka bentuk teknikal, seni bina, pembangunan dan pelaksanaan teknologi lejar teragih. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati laman web rasmi https://www.grantthornton.com.cy/services/distributed-ledger-technologies/

Foto – https://mma.prnasia.com/media2/1229764/vechain_and_grant_thornton.jpg?p=medium600
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/vechain-bekerjasama-dengan-grant-thornton-blockchain-cyprus-untuk-sediakan-penyelesaian-rantaian-blok-lanjutan.jpg

Source: PRNEWSWIRE

You might also like