
Starview International Perluas Penawaran Masukkan Apstra, sebagai Automasi Rangkaian Pusat Data Terbaik dalam Kelas
![]() |
MENLO PARK, California, 24 Ogos 2020 /PRNewswire/ — Apstra, pelopor rangkaian berasaskan-niat dan syarikat perisian multinasional yang mengautomasikan rangkaian pusat data, hari ini mengumumkan bahawa Starview International mencapai Status Rakan Kongsi Platinum dalam Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra (APA). Starview International berkelayakan untuk mencapai tahap ini kerana memenuhi kriteria kecemerlangan Apstra sebagai pengedar dan pembekal nilai tambah produk dan aksesori Rangkaian Optik berjenama SVI. Starview International komited untuk menguatkan penjajaran strategi dan teknikal dengan Apstra.
“Memandangkan automasi rangkaian sangat kritikal untuk pendekatan Sistem Terbuka, kami memerlukan teknologi terbaik untuk terus menyediakan penyelesaian rangkaian yang cekap dan menjimatkan kos kepada pelanggan kami,” kata Yuh Joo Choo, Pengarah Urusan di Starview International. “Penjajaran nilai-nilai Apstra dengan usaha rangkaian, pengiraan, dan penyimpanan kami telah menghasilkan perkongsian yang menarik dan semula jadi.”
Starview International baru-baru ini melengkapkan latihan program rakan kongsi Apstra, yang mendayakan semua rakan kongsi untuk menjana peluang pendapatan baharu, meningkatkan keuntungan dan margin, dan membuat perkhidmatan tambah nilai pelengkap menggunakan Apstra AOS. Syarikat ini memenuhi kriteria Status Platinum untuk empat kakitangan penjualan dan dua kakitangan teknikal.
“Kami telah melihat lonjakan perusahaan Asia-Pasifik mencari perisian fleksibel yang akan berfungsi dengan pelbagai vendor perkakasan dan penawaran rangkaian terbuka,” kata Jeff Jones, Naib Presiden Jualan Seluruh Dunia di Apstra. “Dengan pendekatan terbuka kami, Starview International akan berada dalam kedudukan yang lebih mantap untuk memenuhi keperluan pelanggan sambil meningkatkan keuntungan.”
Latar Belakang Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra
Diperkenalkan pada bulan Mac 2020, Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra untuk Rakan Kongsi Saluran direka untuk membolehkan rakan kongsi membawa automasi dan pengesahan yang canggih ke rangkaian pusat data mereka bagi mewujudkan kelebihan perniagaan. Berurus niaga dengan Apstra, rakan kongsi saluran dapat memperluas jangkauan penjualan mereka, memanfaatkan kepakaran dan hubungan dengan ekosistem rakan kongsi Apstra, dan membantu memenuhi keperluan pelanggan mereka sambil mengembangkan perniagaan.
Untuk maklumat mengenai Program Kelebihan Rakan Kongsi Apstra klik di sini.
Latar Belakang Starview International
Starview merupakan pengeluar terkemuka bagi Sistem Terbuka. Starview juga merancang dan membuat penghantar-terima yang dapat diprogramkan secara terbuka, dan memiliki hak paten untuk teknologi ini di Singapura, Amerika Syarikat, China dan Australia. Dengan penawaran penyelesaian keseluruhan dalam Sistem Terbuka, Starview memberikan penyelesaian untuk rangkaian, pengiraan dan penyimpanan, bagi membolehkan pelanggan membina awan peribadi, dengan menggunakan kombinasi perkakasan komoditi terbaik dan perisian sumber terbuka yang disokong oleh komersial. Infrastruktur awan berdasarkan Sistem Terbuka memberikan kelebihan kepada pelanggan sama seperti penyedia awan terbesar di dunia, dengan keanjalan sumber rangkaian/pengiraan/penyimpanan yang ditentukan oleh perisian, semuanya tanpa terikat dengan vendor. Starview, yang ditubuhkan pada tahun 2010, mewakili penyedia terbaik vendor perkakasan dan perisian Sistem Terbuka untuk menjadikan Sistem Terbuka satu kenyataan hari ini.
Latar Belakang Apstra, Ins.
Apstra® ialah syarikat perisian multinasional yang memberikan penyelesaian yang disatukan untuk mengautomasikan seni bina dan operasi rangkaian pusat data. Produk kemegahan Apstra, AOS, memberdayakan organisasi untuk mengautomasikan semua aspek perancangan, pembinaan, penyebaran, dan pengoperasian rangkaian mereka, yang memungkinkan mereka membuat perubahan pada rangkaian dengan cepat dan boleh dipercayai, sambil memanfaatkan modal insan dengan cekap dan melepaskan diri daripada terikat dengan vendor perkakasan-dalam. Organisasi yang menggunakan AOS telah melihat pengurangan OpEx (perbelanjaan operasi) lebih daripada 80 peratus, peningkatan ketangkasan sebanyak 99 peratus, dan peningkatan kebolehpercayaan lebih daripada 70 peratus. AOS menggunakan analisis berasaskan-niat Apstra yang canggih untuk mengesahkan rangkaian secara berterusan, dengan itu dapat menghilangkan kerumitan, kerentanan, dan gangguan bagi menghasilkan rangkaian yang selamat dan berdaya tahan.
Apstra, yang ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemimpin-pemimpin industri rangkaian yang mantap dan terbukti David Cheriton, Mansour Karam, dan Sasha Ratkovic, beribu pejabat di Menlo Park, California, dengan pejabat di seluruh dunia.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements
Source: PRNEWSWIRE