ROQU Group berpangkalan di Ireland lancar platform digital ‘Health Passport’ pertama dunia sokong peningkatan ujian COVID-19 global

– Teknologi yang pertama di dunia dibangunkan oleh ROQU Group untuk melindungi masyarakat, ekonomi dan pekerjaan

– Ujian percubaan Ireland dimulakan bersama rakan-rakan kongsi kebangsaan dalam sektor rawatan kesihatan, pertanian, pendidikan, pengasuhan anak, logistik, hiburan dan sektor-sektor lain

– Platform digital direkayasa di Ireland, melalui perkongsian dengan diagnostik canggih, menyediakan keputusan ujian dalam 15 minit, membolehkan perniagaan untuk beroperasi dalam persekitaran yang dikawal dengan selamat

DUBLIN, 30 Ogos 2020 /PRNewswire/ — ROQU Group yang berpangkalan di Ireland telah mengumumkan pelancaran perintis Health Passport, platform digital yang pertama di dunia yang direka untuk memudahkan peningkatan ujian COVID-19 untuk perniagaan dan orang awam.

Robert Quirke, President & CEO of Irish-based ROQU Group, displays the world-first 'Health Passport' platform which has been specifically engineered to support increased COVID-19 testing.
Robert Quirke, President & CEO of Irish-based ROQU Group, displays the world-first ‘Health Passport’ platform which has been specifically engineered to support increased COVID-19 testing.

Direkayasa di Ireland, platform ini menggabungkan teknologi digital yang terkini dengan penyelesaian ujian COVID-19 yang amat tepat dan disahkan, menyediakan keputusan dalam masa sesingkat 15 minit. Platform ini akan membolehkan perniagaan dan individu untuk meminimumkan risiko yang berkaitan dengan COVID-19 dengan pantas dan memastikan mereka dapat meneruskan aktiviti-aktiviti harian.

Health Passport dilancarkan dengan ujian percubaan yang melibatkan rangkaian peserta kebangsaan terpilih yang mewakili pelbagai sektor industri: rawatan kesihatan (hospital, rumah penjagaan), logistik, pertanian, pendidikan, pengasuhan anak, hiburan dan lain-lain.

Menyokong perniagaan, melindungi komuniti 

Platform ini telah dibangunkan untuk membantu ekonomi negara dengan mendayakan perniagaan untuk kekal terbuka melalui ujian proaktif yang berterusan ke atas kakitangan, mengenal pasti keputusan positif pada peringkat terawal dan dalam masa yang sama melindungi komuniti secara serentak dengan menawarkan peningkatan ujian.

“Di seluruh dunia, terdapat kekecewaan dan dukacita yang berterusan ekoran sekatan COVID-19,” kata Robert Quirke, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ROQU Group, di upacara pelancaran hari ini.

“Health Passport direka bentuk untuk memberi perlindungan ketika tiada sebarang perlindungan wujud pada masa kini, membolehkan ekonomi untuk pulih dan berkembang maju dalam persekitaran terkawal,” kata En. Quirke. “Ia merupakan inovasi yang pertama di dunia, direkayasa dengan bangganya di Ireland mengikut standard tertinggi, yang akan membolehkan perniagaan dan masyarakat untuk akhirnya bergerak ke hadapan. Pengubah industri akhirnya tiba.”

Berfungsi dengan semua ujian rasmi COVID-19  

Health Passport telah dibangunkan khusus untuk berfungsi secara harmoni dengan semua ujian rasmi COVID-19, termasuk swab makmal dan ujian darah serta penyelesaian ujian pantas paling terkini yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Menggunakan keterlihatan global kami, kami membantu syarikat-syarikat tempatan dengan menjadikan penyelesaian ujian COVID-19 yang terbaik tersedia buat semua,” kata Robert Quirke dari ROQU. “Tatkala ujian dan penyelidikan terus bertambah baik, kami ingin memastikan bahawa masyarakat dan ekonomi Ireland dapat mengakses penyelesaian ujian dengan mudah yang menawarkan tahap pengesahan klinikal yang tertinggi.”

“Tujuan ujian percubaan perintis ini adalah untuk mendemonstrasikan bagaimana Health Passport berfungsi merentas pelbagai senario perniagaan dan sosial dalam kehidupan sebenar,” tambah beliau.

Di tengah-tengah gesaan terhadap peningkatan ujian buat orang ramai, ROQU berkata bahawa ujian pantas yang baru direkayasa dapat menyediakan penyelesaian yang diperlukan untuk menghentikan penularan virus berkenaan. Sekiranya sesebuah tempat itu tidak mempunyai penyelesaian ujian, Health Passport menyediakan ujian darah antibodi pantas dan ujian swab antigen pantas terkini, yang dapat memberi diagnosis yang sangat tepat dalam masa kurang daripada 15 minit. Penyelesaian ujian berkenaan direkayasa, dikeluarkan dan disahkan secara klinikal di Eropah.

“Keadaan semasa tidak berkekalan”

“Kita semua sedar bahawa keadaan semasa berhubung dengan wabak virus dalam perniagaan dan komuniti benar-benar tidak berkekalan,” kata Robert Quirke. “Terdapat terlalu banyak jurang dalam sistem pengujian semasa yang menghalang keupayaan kami untuk membawa ekonomi dan kehidupan normal kembali ke landasan. Masanya telah tiba untuk merapatkan segera jurang berkenaan.

“Platform ini menyediakan penemuan ulung yang telah kami nantikan dan boleh menjadi penyelesaian yang standard untuk perniagaan, perjalanan, pendidikan, rawatan kesihatan, acara dan segenap aspek dalam kehidupan harian,” kata En. Quirke. “Setiap individu pada platform Health Passport kini mewakili satu nyawa dan satu pekerjaan dilindungi.”

ROQU Group mengumumkan bahawa, selain daripada Ireland, platform Health Passport akan dilancarkan di AS, UK, Itali, Kenya dan Jerman, berserta lokasi-lokasi lain bakal menyusul. Health Passport telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada misi kedermawanan dan altruistik antarabangsa ROQU.

LATAR BELAKANG ROQU GROUP 

Ditubuhkan dan beribu pejabat di Dublin, ROQU Group bekerjasama dengan Kerajaan antarabangsa untuk memenuhi keperluan projek yang membawa kepentingan kepada negara, termasuk pembangunan ekonomi dan penyelesaian masalah yang strategik.

www.healthpassportireland.ie | Instagram | Facebook | YouTube | LinkedIn

Foto – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/roqu-group-berpangkalan-di-ireland-lancar-platform-digital-health-passport-pertama-dunia-sokong-peningkatan-ujian-covid-19-global-1.jpg
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/08/roqu-group-berpangkalan-di-ireland-lancar-platform-digital-health-passport-pertama-dunia-sokong-peningkatan-ujian-covid-19-global.jpg

Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services

Source: PRNEWSWIRE

You might also like