
Pastinya siri Samsung Galaxy Note 20 sudah menjadi perbualan hangat pada peminat dan juga netizen di luar sana dan yang menjadi sorotan adalah Galaxy Note20 Ultra 5G. Namun adakah berbaloi untuk menhabiskan duit puluhan ribu demi sebuah telefon pintar? Jom kita tengok!

Rekaan Not Bad!
Pertama kita lihat aspek rekaan. Jika dilihat rekaan peranti ini tampil dengan lebih simple dan elegan. Ia tampak mewah sejajar dengan harganya khususnya pada varian warna Mystic Black.

Cuma kamera di bahagian belakang tampak terlalu besar dan tebal sehingga menganggu sedikit mata yang meilhat. Namun itu bukanlah masalah yang besar.
Seperti biasa, rekaan skrin hadapan tampil dengan skrin melengkung dan kamera berlubang. Meh min belanja rekaan penuh peranti ini!
Skrin Antara yang Terbaik!!

Ini antara yang menarik perhantian kami adalah skrinnya yang sangat baik. Hadir dengan 6.9″ WQHD Dynamic AMOLED 2X Infinity O dispalay memberikan 1500 nits dan tiada glare walaupun pada waktu siang. Mata juga sangat selesa ketika menonton. Warna yang terhasil sangat vibrant!
Bukan itu sahaja, antara yang menjadi sorotan adalah kadar segar semula peranti ini adalah 120Hz yang pastinya membuatkan kawalan lebih kemas, lancar dan tiada lag. Jadi pengguna S Pen juga sudah tiada masalah.
Pemproses Berkuasa!!
Kalau korang nak tahu, Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ini hadir dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Exynos 990 dan dipadankan dengan RAM sebesar 12GB dan ROM sebesar 256GB. MEnariknya, pempreoses ini membenarkan anda melakukan multi tasking tanpi ada lag. Jadi anda nak main game, atau melakukan kerja harian anda sudah tiada masalah.
Justeru, kami telah melakukan ujian ke atas peranti ini menerusi AnTuTu benchmarh dan mendapati ia memberikan predstasi setanding dengan harganya. Keputusan adalah seperti berikut:

Kamera 108MP Memang Thorbaek!!
Memang tidak dapat disangkal lagi, kamera pada Samsusng Galaxy Note20 Ultra 5G ini hadir adalah antara yang terbaik di pasaran. Hadir dengan 108MP + 12MP + 12MP + Laser Auto focus dan kamera hadapan juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 10MP.

Hasil gambar pada peranti ini memperlihatkan perincian yang dipamerkan sangat halus dan warna yang terbasil sangat vibrant. Sungguhpun dalam situasi low light. Fungsi yang hadir pada peranti ini juga sangat sesuai dengan gaya hiduop anda. Jadi dengan harganya ini, kuasa kamera pasti dapat mencapai paras yang diingini.
S Pen Pendamping Setia!!

Disebabkan paparannya tampil dengan kadar segar semula 120Hz, pastinya melonjakkan lagi prestasi S Pen. Ketepatan yang dipamerkan sangat baik dan ia juga adalah low latency iaitu 90ms.
Jadi tiada lagi lag ketika anda menulis antau sebagainya. Kepelbagaian kawalan pada S Pen ini juga merupakan antara sorotan yang perlu diwberikan perhatian kepada merkea yang ingin memiliki peranti ini
Bateri Memang Berdesup Kencang!
Telefon ini bukan biashe-biashe apabila ia tampil dengan kapasiti 4500mAh serta diapadankan dengan pengecasan pantas 25W pastinya berdesup laju.
Kami telah melaksanakan ujian pengecasan bagi menguji sejauh mana kepantasannya. Kami mula mengecas pada jam 11.22 pagi ketika ia berada pada 22%. Ia mencapai 100% pada jam 12.45 tengah hari. mengambil masa hanya selama 1 jam 23 minit.
Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya peranti ini mempamerkan prestasi sejajar dengan harganya. Sungguhpun ia mahal sedikit, tetapi ia tidak mengabaikan prestasinya dari pelbagai aspek sama ada dari segi rekaan, paparan, kuasa dalaman mahupun keupayaan bateri. Ia seakan membawa komputer peribadi anda ke mana sahaja. Jadi sememangnya berbaloi untuk anda miliki jika anda mempunyai wang yang lebih. hehe