Reviu Eksklusif: Berbaloi Ke Nak Beli HONOR 9X Lite?? Baca La Sendiri!!

Pasti ramai yang memperkatakan tentang peranti terbaharu HONOR iaitu HONOR 9X Lite. Mungkin ada yang sudah jatuh cinta, dan ada juga yang masih was-was tentang berbaloi ke nak beli? Jangan risau, Jom baca!!!

Cun Giler Rekaan!!

Perkara pertama yang menambat hati editor adalah rekaan panel belakangnya yang sangat menawan. Tampil dengan warna gradien menambahkan sisi eksklusif pada peranti ini. Ditambah jika peranti ini terkena pantulan cahaya, ia memberikan satu nafas baru pada peranti ini.

Susunan kamera yang kemas di dalam kotak segi empat tepat pasti membuatkan ia kelihatan kemas. Tampil dengan 2 varian warna iaitu Emerald Green dan Midnight Black yang sangat menawan. Bagi skrin hadapan pula, tampil dengan rekaan bertakuk. BEzel juga sangat nipis. Jom tengok rekaan penuh peranti ini!

Skrin Memang Puas!!

HONOR 9X Lite menggunakan skrin 6.5″ FHD + dengan resolusi Resolusi 2340 × 1080 dapat memberikan kualiti gambar yang lebih jelas dan definisi tinggi, ditambah dengan nisbah skrin 91% pasti memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna. Warna yang terhasil adalah sangat baik dan lebih nyata. Dengan bezel yang sangat nipis membuatkan tontonan lebih baik.

Pemproses Kirin 710 + GPU Turbo Yang Awesome!!

Apa yang menarik mengenai HONOR 9X Lite dilengkapi dengan pemproses octa-core Kirin 710 yang terdiri daripada empat teras 2.2GHz Cortex-A73 dan empat teras Cortex-A53 1.7GHz serta menggunakan kombinasi penyimpanan 4GB RAM + 128GB ROM.

Melengkapi kehebatan HONOR 9X Lite juga menyokong GPU Turbo, yang meningkatkan kelajuan operasi telefon bimbit secara keseluruhan serta mempertingkatkan pemprosesan grafik membantu mengoptimumkan pengalaman permainan. Tidak hairanlah, sepanjang editor menggunakan peranti ini, tidak mengalami sebarang lag sungguhpun ketika bermain game!!

Kami lakukan ujian AuTuTu Benchmark ke atas peranti ini dan melihat sejauh mana kehebatan peranti ini dan ia nyata mempamerkan prestasi yang baik.

Kamera Memang Mantol!!!

Apa yang menjadi sorotan bagi HONOR 9X Lite adalah ia dilengkapi dengan lensa dwi-kamera. Lensa kamera utama definisi tinggi 48MP (f / 1.8), dan l 2MP (f / 2.4), yang mana kamera utama 48MP dapat merakam Gambar definisi tinggi, walaupun gambar yang diperbesar dapat memperoleh perincian yang jelas, dan ketajamannya lebih tinggi daripada 12MP.

Kualiti pada warna yang terhasil juga adalah sama kerana ia hampir sama dengan warna asal. Gambar terhasil juga tidak terlalu fake dan tampak lebih natural khususnya di bawah pencahayaan yang sangat baik. Berikut adalah hasil gambar peranti ini.

Bateri Okay Ke?

Apa yang menjadi tanda tanya ramai orang adakah bateri peranti ini baik? Jika anda lihat HONOR 9X Lite ini tampil dengan bateri yang tidak terlalu besar iaitu 3750mAh sahaja!! Tapi korang jangan risau sebab, keupayaan bateri ini untuk bertahan lama sangat baik sungguhpun anda bermain game.

Namun dari segi pengecasan ia mengambil masa yang sedikit lama. Ia mula di cas dari 11% dan memerlukan masa 2 jam dan 12 minit untuk pengisian terakhir. Hal ini disebabkan oleh ia hadir dengan Honor 9X Lite menyokong teknologi pengecasan 10W.

Apa kata Editor

Secara keseluruhan, telefon ini mempamerkan prestasi yang sangat baik bagi kelasnya. Dengan keupayaan pemproses dan kehebatan kamera, pasti ia membuatkan berbaloi untuk dimiliki. Dengan harga hanya RM699, anda boleh miliki peranti ini beserta hadiah bercuma. tunggu apa lagi!!

You might also like