
RELX Beri Amaran Pengamal Vape Jauhi Pod Serasi dan Peranti Berukir Tiruan
BEIJING, 29 April 2020 /PRNewswire/ — Syarikat e-rokok Cina RELX Technology mengeluarkan pengumuman bagi memberi amaran kepada pengamal vape (vaper) untuk menjauhi pod serasi dan peranti berukir tiruan.
RELX mengumumkan di laman sesawangnya: Kami telah menyaksikan terdapatnya peningkatan pengeluaran dan penjualan produk RELX terlarang yang dijual secara dalam talian. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa produk berkenaan dikeluarkan mengikut piawaian kualiti dan keandalan yang ketat yang dibanggakan oleh RELX atau maklumat mengenai kandungan produk ini. Produk haram ini membawa risiko yang tinggi kepada pengguna yang beranggapan bahawa mereka membeli produk RELX asli.
RELX memberi amaran kepada pelanggan semasa dan bakal pelanggan mereka bahawa pod e-cecair serasi–terutamanya pod lutsinar, peranti RELX berukir dan peranti RELX dijenamakan bersama yang dijual daripada vendor yang tidak disahkan adalah bukan produk RELX yang asli.
Bagi jaminan kualiti dan keandalan, RELX mencadangkan agar pelanggan mengelakkan daripada membeli produk tiruan yang tidak dibenarkan ini dan hanya membeli daripada saluran yang disahkan.
Menurut keputusan ujian daripada makmal RELX, pod serasi tiruan yang tidak dibenarkan ini sering menggunakan e-cecair kurang bermutu; mengandungi bahan berbahaya seperti toluene pada kadar jauh melebihi standard biasa; dan kandungan nikotin tidak sepadan dengan apa yang diiklankan pada bungkusan.
Pod yang paling serasi juga mempunyai masalah kebocoran e-cecair yang serius.
Peranti RELX tiruan yang diukir dengan logo jenama mewah juga dijual di rangkaian media sosial yang berbeza seperti Facebook dan Instagram.
Peranti berukir tiruan juga dipercayai dikeluarkan di kilang-kilang tanpa perakuan pensijilan, yang bukan sahaja satu pelanggaran serius terhadap harta intelek RELX, tetapi juga membahayakan keselamatan memandangkan bateri mereka tidak diuji dengan betul. Sudah ada beberapa kes yang mana bateri pada peranti berukit meletup.
Pasukan Golden Shield RELX telah bekerjasama dengan jenama-jenama lain dan bahagian penguatkuasaan undang-undang tempatan di China bagi mencari dan menghentikan pengeluaran serta penjualan produk vape tiruan yang tidak dibenarkan ini.
Sejak tahun 2019, pasukan Golden Shield telah bekerjasama dengan bahagian penguatkuasaan undang-undang tempatan di China untuk beberapa kes bagi mengurangkan pengeluaran serta penjualan produk vape tiruan yang tidak dibenarkan. Pelanggan seharusnya hanya membeli produk daripada saluran yang disahkan dan menggunakan pengimbas kod QR bagi menentusahkan ketulenan produk RELX.
LATAR BELAKANG RELX
Ditubuhkan pada Januari 2018, RELX ialah syarikat e-rokok yang terkemuka di Asia yang berusaha ke arah memperkasa golongan perokok dewasa melalui teknologi dan reka bentuk, secara beretika. RELX membangunkan produk e-rokok canggihnya di pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Shenzhen, China dan terus membuat pelaburan penting dalam R&D, ujian e-cecair dan pembangunan produk baharu. RELX telah menubuhkan makmal standard-CNAS pertama oleh jenama e-rokok bebas. Syarikat ini telah menarik minat bakat-bakat global daripada Uber, Proctor and Gamble, Huawei, Beats dan L’Oréal. Pelabur-pelabur RELX termasuk Source Code Capital, IDG Capital dan Sequoia Capital.
Laman Sesawang: https://relxnow.com
Twitter: @Relxtech
Facebook: @Relxnow
Instagram: relxtech
Linkedin: RELX Technology
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2786989-1-a?lang=0
Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200427/2786989-1-b?lang=0
Source: PRNEWSWIRE


