Minecraft Dengan Sokongan RTX Untuk Grafik Yang Lebih Cun!

Permainan Minecraft dengan sokongan kad grafik RTX telah tiba dalam versi beta terbuka untuk Window 10 pada 16 April ini. Versi ini juga diperbaharui dengan menampilkan sokongan DLSS 2.0. Kemaskini ini akan memberikan pemain Mincecraft yang mempunyai kad grafik RTX kualiti grafik yang jauh lebih bagus.

Apa yang boleh dihjarapkan dari kemas kini sokongan RTX ini adalah kesan pencahayaan dan bayangan yang lebih realistik, serta kesan pantulan yang terperinci dan tepat di permukaan seperti air, logam dan lain-lain. Grafik lava juga dilaporkan akan kelihatan lebih baik. Selanjutnya, Minecraft dengan RTX akan mempunyai sokongan untuk DLSS 2.0, yang membolehkan permainan ini ditingkatkan skalanyake resolusi yang lebih tinggi tanpa membebankan kad grafik.

Namun ada sedikit berita yang kurang sedap didengar. Untuk anda menikmati versi beta terbuka ini, anda perlu memiliki kad grafik Nvidia GeForce RTX2060, bukanlah kad grafik yang murah. Pada mereka yang mahu mencuba versi sokongan RTX ini, anda boleh melakukan pendaftaran melalui Xbox Insider Hub pada 16 April 2020 dan pastikan juga anda mengemaskini pemacu kad grafik anda.

 

Seiring dengan pelancaran beta terbuka, Nvidia juga menawarkan dunia Minecraft secara percuma yang anda boleh dapatkan dari Minecraft Marketplace. Berikut adalah senarai dunia yang ditawarkan:

  • Aquatic Adventure RTX dari Dr_Bond
  • Color, Light and Shadow RTX dari PearlescentMoon
  • Crystal Palace RTX dari GeminiTay
  • Imagination Island RTX dari BlockWorks
  • Neon District RTX dari Elysium Fire
  • Of Temples and Totems RTX dari Razzleberries

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

 

You might also like