Lenovo kini Memperkenalkan Lenovo Student Ambassador Program

Lenovo kini telah memperkenalkan Lenovo Student Ambassador Program bagi mengenalpasti pemimpin di kampus menerus gerasi pertama digital. Program ini bertujuan untuk mencungkil potensi yang ada pada pelajar dan menggalakkan mereka untuk terlibat di dalam program-program bermanfaat ketika waktu ini.

Program ini menyasarkan pelajar sepenuh masa yang aktif di dalam aktiviti kampus dan sangat berpengalaman di media sosial. MEnariknya, ketua pelajar yang terpilih akan di jemput bagi menonton secara eksklusif Lenovo Tech Talks.

Program ini juga memperlihatkan elemen mentorship bagi membantu pelajar mencari laluan kerjaya yang lebih jelas. Justeru pasukan Lenovo akan meluangkan waktu berkerja secara maya dengan pelajar untuk berkongsi pengetahuan di luar buku teks.

Bermula hari ini, pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang Lenovo bagi memberi peluang kepada anda jika terpilih menyertai program ini. Anda juga akan menerima sijil penyertaan.

Sebagai sebahagian daripada program ini, pelajar yang terpilih akan mempunya ireferral code untuk dkongsikan bersama kelauarga dan rakan-rakan. Kod ini membenarkan pengguna untuk mendapat potongan harga sebanyak 15% bagi pembelian peranti Lenovo yang terpilh.

 

Dalam pada itu, Lenovo sedar bahawa ketika dunia mengalami masalah COVID 19 ini, pembelajaran atas talian sangat penting. Justeru Lenovo ada produk yang sesuai dan berpatutan kepada pelajar seperti Lenovo IdeaPad S145 (bermula dari RM2049), Lenovo IdeaPad Slim 1(bermula dari RM999) dan Lenovo ThinkBook 14 (bermula dari RM3399).

 

 

 

 

 

 

You might also like