Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy S20 Ultra 5G Dengan Kamera Raksasa!!!

Tahun 2020 baru jer 2 bulan start tapi Samsung tak nak buang masa dah sebab mereka dah memperkenalkan peranti terbaharunya Samsung Galaxy S20 Ultra 5G!!! Diwar-warkan telefon ini power giler dari segi kamera dan prestasi dalamannya. Entah betul entahkan tidak. Jom la kita tengok sendiri!!!

Spesifikasi Ringkas

Sebelum kita nak post motem telefon ini, baik kita tengok dahulu spesifikasi ringkas peranti ini.
❤ Exynos 990
❤ 6.9″ Dynamic AMOLED
❤ 12GB / 16GB RAM
❤ 128GB / 256GB / 512GB ROM
❤ 5000mAh
❤ Kamera Belakang: 108MP (f1.8) + 48MP (f/3.5) + 12MP (F/2.2) + DepthVision
❤ Kamera Hadapan: 40MP (f/2.2)
❤ Ultrasonic Fingerprint
❤ IP68
❤ Cosmic Grey / Cosmic Black
❤ Harga: RM4999

Rekaan Giler Seksi!!

Kalau dilihat sekali imbas, ternyata peranti ini sangat seksi kerana ia tidak dihadirkan dengan notch namun disertakan dengan infinity – O Display yang memberikan sentuhan baharu pada Galaxy S20 Ultra 5G ini. Apa yang pasti, ia direka dengan bezel yang sangat nipis yang memberikan paparan yang luas dan skrin 120Hz!!!! Pergh

Kalau dilihat pada panel belakang pula, ia dihadirkan dengan susunan kamera yang unik. Disusun di dalam kotak segi empat tepat berbeza dengan model terdahulu.

Warna yang dipamerkan juga cukup menawan, pasti membuatkan korang tak senang duduk la kalau tengok.

Mesti korang tak puas kan? Korang tengok la sendiri!!!

Spesifikasi Hebat Berkuasa!!!

Kalau nak tau, Samsung Galaxy S20 Ultra dihadirkan dengan Exynos 990 yang sangat berkuasa. Dipadankan pula dengan RAM yang sangat besar iaitu 12GB RAM beserta dengan 512GB ROM membuatkan ia berada di prestasi terbaik.

Kami tak terus percaya. Kami menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan GeeckBench 5. Hasil ujian mendapat ia berada di prestasi terbaik bagi kelasnya. Tak percaya kan? Tengok la sendiri!!!

AnTuTu BenchMark

GeeckBench 5

Kamera Utama Seperti Raksasa!!!

Ini yang paling best mengenai peranti ini, apabila ia dihadirkan dengan dengan kamera yang sangat berkuasa iaitu 108MP (f1.8) + 48MP (f/3.5) + 12MP (F/2.2) + DepthVision bagi kamera utama. Memang tidak boleh nak kata apa. Hasil gambar peranti ini sangat baik dan antara yang terbaik di pasaran pada ketika ini.

Perincian pada hasil gambar sangat menakjubkan. Lebih menarik warna yang terhasil adalah sangat baik. Tak percaya? Tengok la hasil gambar ini!!

Kuasa Zoom yang sangat hebat!

Kalau nak tahu, Samsung Galaxy S20 Ultra ini dihadirkan dengan kuasa zoom yang sangat baik. Ia disertakan dengan 10X Hybrid Optic Zoom dan menyokong sehingga 100X Super Resolution Zoom. Pergh ni gambar kuman seberang jalan pon boleh nampak ke?? Jadi kami pun menguji peranti ini sejauh mana ia boleh zoom dan hasil gambar ketika kite menggunakan 100X Zoom.

Hasil gambar zoom ini sangat baik sungguhpun ia telah di zoom jauh. Gambar masih tampak baik. Tak percaya? Korang tengok sendiri!!

Kamera Selfie Yang Flawless

Bukan kamera belakang je tau yang hebat, tetapi kamera hadapan juga memang terbaik apabila disertakan dengan 40MP (f/2.2). Jadi kualiti gambar yang terhasil daripada telefon ini sangat baik. Flawles gittew. Barulah ada keyakinan untuk tangkap gambar selfie dan post di media sosial.

Rakaman 8K Yang Memang WOW!!!

Ni yang best gak, sebab Samsung Galaxy S20 Ultra 5G ini tampil dengan rakaman video yang sangat best giler. 8K tu!!!! Bukan hanya kualiti resolusi yang sangat baik, tetapi ia juga tampil dengan kestabilan ketika rakaman. Memang Hebat!!!

Bateri Giler Besar

Kalau nak tahu, bukan hanya kamera sahaja yang besar, tetapi ia disertakan dengan bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh dan dipadankan dengan 45W Fast Charge confirm berdesup laju. Jadi kami melakukan ujian pengecasan!!

Kami mula mengecas telefon ini pada jam 10.06 pagi iaitu ketika bateri berada pada 32%.

Ia dicas penuh 100% pada jam11.00 pagi. Mengambil masa hanya selama 54 minit sahaja!!. Pergh!!! Hebat Giler!!!

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, peranti ini sangat baik dan hebat khususnya dari aspek kamera dan spesifikasi dalamannya. Kualiti gambar yang terhasil serta fungsi yang dipamerkan membuatkan ia sangat berbaloi untuk dimiliki sungguhpun harganya sedikit mahal. Tapi jangan risau sebab korang confirm puas hati!!!

________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like