[Ura-Ura] : Adakah Ini Gambaran Sebenar Xiaomi Mi 10? Ciri – Ciri Utama Juga Bocor?

Jika sebelum ini kita disajikan dengan beberapa imej bocor didakwa mendedahkan skor AnTuTu dan reka bentuk kamera Xiaomi Mi 10. Kali ini, muncul imej render yang memaparkan sudut pandang hadapan dan belakang peranti sekaligus mendedahkan beberapa ciri utama.

Memetik imej render tersebut, Mi 10 bakal dibina dengan paparan melengkung berserta rekaan dwi kamera selfie. Ia dilihat bakal membawakan persediaan empat kamera utama yang disusun secara menegak pada sudut kiri. Terdapat sokongan LED Flash yang diletakkan pada sisi kamera. Selain itu, jika diteliti tiada sokongan pengimbas cap jari fizikal – sekaligus memberi gambaran ia bakal disertakan dengan sokongan pengimbas cap jari pada paparan.

[ BACA : Xiaomi Mi 10 Terus Jadi Bualan Lagi! Reka Bentuk Terdedah + Skor Antutu Sebanyak 560,217?! ]

Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia mungkin paparan OLED bersaiz 6.5″ dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz. Seperti kita tahu, ia disahkan bakal dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 865 dengan sokongan 5G. Ia juga dikatakan bakal mempunyai versi RAM sehingga 12GB serta pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB.

Untuk penggambaran, Mi 10 dijangka memiliki ketersediaan sistem tri-kamera dengan gabungan lensa 108MP + 48MP + 12MP + 8MP . Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 4,500mAh. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[ S U M B E R ]

You might also like