
realme kini terus mengembangkan lagi rangkaian smartphone keluaran mereka di pasaran tempatan. Kali ini, nampaknya kita bakal melihat realme membawa masuk satu lagi model baru iaitu realme 5s.
Jika diteliti, ciri-ciri pada realme 5s kebanyakannya sama dengan realme 5. Apa yang membezakan adalah konfigurasi kamera utama dan memori. Adakah korang teruja dengan realme 5s? Baik, ini adalah pandang pertama kami untuk realme 5s.
[ BACA REVIU REALME 5 & REALME 5 PRO ]
REKA BENTUK
Sama seperti adik-beradiknya yang lain, realme masih mengekalkan paparan skrin “hampir” penuh bersama takuk kecil yang menempatkan kamera hadapan 13MP. realme 5s dibina dengan skrin bersaiz 6.5″ HD+ dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 89%. Skrin ini dilihat cukup memadai untuk memenuhi setiap kepuasan tontonan pengguna.
Beralih ke panel belakang, peranti dilihat tersergam indah dengan hiasan potongan berlian. realme 5s membawakan sokongan empat kamera utama yang disusun secara menegak pada sudut kiri atas – dengan gabungan lensa: 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.25) + 2MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4) bersama ketersediaan LED Flash.
Beralih ke sisi peranti, butang kuasa ditempatkan pada sebelah kanan. Manakala, sebelah kiri terdapat butang laras suara dan slot sim – sokong dual nano sim + satu micro SD. Sisi bawah terdapat bicu audio 3.5mm, sambungan micro-USB dan pembesar suara.
SPESIFIKASI DALAMAN
Untuk perkakasan dalaman, ia menggunakan Snapdragon 665 AIE (11nm) yang mempunyai lapan teras dengan seni bina 64-bit dan frekuensi sehingga 2.0GHz dengan prestasi dan kawalan kuasa yang sangat baik. Ia dipadankan dengan GPU Adreno 610 bagi memberikan pengalaman gaming terbaik dengan frame rate yang lancar, prestasi pantas dan kualiti imej sebenar.

Untuk penggunaan singkat, realme 5s berupaya melakukan tugas multi task yang baik di dalam kelasnya ekoran kombinasi CPU dan GPU yang memuaskan. Boleh dikatakan hampir tiada masalah lengah masa. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti bateri yang besar iaitu berkapasiti 5,000mAh (menerusi port micro USB).
KAMERA UTAMA 48MP
Untuk makluman, realme 5 merupakan peranti pertama dalam julat harga mampu milik dengan persediaan quad-kamera – sekaligus menyediakan pengalaman fotografi yang hebat. Kali ini, giliran realme 5s pula – tetapi dengan konfigurasi kamera lebih berkuasa 48MP AI Quad Camera – membawa prestasi fotografi realme 5s ke satu tahap lebih tinggi.
realme 5s dibekalkan dengan kamera 48MP (f/1.8) yang mampu berupaya menjalankan tugas dengan baik – tidak mengira apa jua keadaan. Mengiringi peranti, tiga lagi lensa dengan tugasan masing-masing iaitu 8MP Ultra Wide-angle (f/2.25) + 2MP Portrait (f/2.4) + 2MP Macro (f/2.4).
Untuk penggunaan singkat ini, prestasi kamera berada pada tahap terbaik. Lebih menarik, lensa Utral-Wide Angle pada realme 5s beri kepuasan bergambar tanpa batas – boleh meluaskan perspektif sehingga 119 darjah.
Selain itu, kamera realme 5s juga diselitkan dengan sejumlah fungsi menarik lain seperti Super Nightscape 2.0, ChromaBoost, 240fps slow-motion dan banyak lagi.

ANTARAMUKA KEMAS
realme 5s dilengkapi antaramuka ColorOS 6 dengan sistem operasi terkini – di mana ia mempunyai reka bentuk ruang yang disesuaikan sekaligus menyajikan pengalaman lebih mesra pengguna.
Selain itu, ia juga mewujudkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan mudah untuk pengguna. Tak percaya? Kena cuba sendiri okay!
Ini adalah pandang pertama kami untuk realme 5s, sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember ini. Nantikan ulasan penuh daripada kami dalam masa terdekat dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!











