
Sebelum ini, HONOR telah mengeluarkan smart band generasi ke-5 yang dikenali sebagai HONOR Band 5. Dan yang terbaharu, ia turut mengeluarkan versi HONOR band 5 Sport. Namun adakah keupayaannya sebagus yang disangka? jom kita lihat!

π Rupa Paras Yang Sporty Giler!!!
Sebelum kita pergi lihat dengan lebih mendalam, better korang tengok dulu rupa paras HONOR Band 5 Sport ini yang sangat sporty. Sangat sesuai untuk korang melakukan aktiviti fizikal! Nah try la tengok sendiri!!
π Selesa Ketika Bersukan!
HONOR band 5 Sport ini tampil dengan skrin yang sesuai untuk aktiviti bersukan iaitu skrin monochrome PMOLED dengan saiz 0.5 inci. Ekoran daripada itu, ia mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih baik.
Tali jam ini tampil dengan rekaan yang sporty yang sesuai untuk bersukan. Ketika memakai jam ini di pergelangan tangan, ia sangat selesa walaupun berpeluh. ia juga kuat dan ringan serta sangat selesa.Ia juga mesra alam kerana ia diperbuat daripada plastik kitar semula!!!
Apa yang best pasal jam ini, ia bukan hanya boleh dipakai pada pergelangan tangan. Ia turut boleh dipakai pada kaki anda. Anda boleh memakai jam ini pada tali kasut anda. Menariknya, ia akan bertukar kepada mod berjalan dan boleh memantau postur badan anda ketika bermain.
π Hebat Giler Boleh Pantau Dengan Tepat!
Ini bukan kaleng-kaleng guys!! kerana ia pastinya mampu memberikan data yang diperlukan bagi memperbaiki kemahiran dan keupayaan anda. Anda boleh memantau pergerakan, kelajuan, jarak, kalori yang dibakar dan banyak lagi dengan tepat.
Ketika anda bermain bola keranjang, ia mampu mengesan posture badan yang betul, dan mengira trajektori pergerakan dengan tepat dan menganalisis postur dan keadaan berlari! Anda boleh melihat masa sentuhan, kaedah pendaratan, kesan pendaratan, kekerapan stride, range eversion dan sudut ayunan! Tak Percaya? Tengok ni!
π 6-Axis Motion Tracking Sensor
Disebabkan ia dihadirkan dengan 6-Axis Motion Tracking Sensor, ia mampu mengumpul data dengan lebih banyak dan tepat ketika beriadah. Hebat sungguh!!!
Bagi yang suka berlari, HONOR Band 5 Sport ini mampu mengukur untuk 7 jenis data larian yang berbeza. Fuh!!! Boleh la tengok larian korang betul atau kan!! Ni antara data yang berjaya di catatkan!
π Pergh Kalis Air Jugak !!!!
Bukan hanya untuk bersukan di darat, jam ini turut kalis air pada tahap 5ATM! Jadi anda boleh membawa jam ini berenang. Best kan!!
π Apa Kata Editor
Secara keseluruhan jam tangan HONOR Band 5 Sport ini adalah teman yang paling sesuai ketika anda melakukan aktiviti sukan dan riadah. Pemantauan prestasi anda ketika bersukan dapat dilihat dengan lebih tepat. Tak rugi untuk anda menggunakan HONOR Band 5 Sport ini. Boleh jadi fit dan sado!!
Beli Peranti HONOR Di Sini:
____________________________
Artikel Berkaitan:
- Reviu Eksklusif : Hmmm..Smartphone Paling βOnzβ? Mampukah HONOR 9X Menambat Hati Pembeli?
- Rekaan Lebih Dinamik, HONOR Sport Pro Juga Rasmi β Harga Jualan RM299
- Akhirnya Tiba! HONOR 9X Dengan Kamera Utama 48MP Rasmi β Harga Jualan RM999!






















