Reviu Eksklusif Samsung Galaxy Tab S6 : Padanan Sempurna Antara Kerja & Hiburan

Samsung nampaknya mengemas kini lagi barisan tablet keluaran merekan menerusi kemunculan Samsung Galaxy Tab S6. Membawakan sejumlah ciri menarik bersama spesifikasi menarik, ia berupaya menyampaikan pengalaman terbaik kepada si pengguna. Nak tahu apa lagi menarik? Let’s go!

                                          🔥 PAPARAN 🔥                                           

Seperti tablet keluaran Samsung sebelum ini, korang juga boleh harapkan paparan yang terbaik untuk model kali ini. Paparan pada Samsung Galaxy Tab S6 kelihatan tajam, jelas dan berwarna warni dengan sentuhan skrin Super AMOLED bersaiz 10.5 inci pada resolusi 2560 x 1600 piksel – sekaligus memberikan kelebihan berbanding iPad Pro yang hanya menggunakan Liquid Retina IPS LCD.

Lebih menarik, paparan ini mempunyai sokongan HDR 10+ sekaligus memberikan paparan tablet kelihatan lebih bermaya. Darjah pandangan juga dilihat memuaskan – meskipun dilihat daripada sudut berlainan. Samsung Galaxy Tab S6 sememangnya memiliki aura tersendiri sebagai sebuah tablet yang menyajikan pengalaman hebat baik untuk bekerja ataupun berhibur.

Tablet ini juga menampilkan sokongan DEX Samsung – di mana tablet boleh digunakan dengan lebih produktif yang membolehkannya menjadi desktop seperti PC. Pun begitu, ia perlu digabungkan terlebih dahulu dengan papan kekunci yang dijual secara berasingan.

 

                                           🔥 PRESTASI 🔥                                         

Bercakap soal prestasi yang tidak boleh dipandang remeh. Perkakasan Samsung Galaxy Tab S6 diselitkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dengan paduan RAM 6GB dan memori internal sebesar 128GB. Cip ini dibina dengan pemprosesan 8 teras bersama penggunaan GPU Adreno 640.

Lebih menarik, ia turut menawarkan slot kad mikroSD dengan penambahan storan sehingga 1TB. Melalui sokongan ini, Samsung Galaxy Tab S6 dilihat tiada masalah untuk melakukan tugasan harian dengan baik seperti kegunaan media sosial atau melayari web. Pada ujian penanda aras Geekbench 5, Samsung Galaxy Tab S6 mencatatkan markah sebanyak 735 mata untuk ujian tunggal dan 2,531 mata untuk ujian pelbagai teras.

 

                              🔥 KAMERA CUKUP MEMADAI 🔥                       

Samsung Galaxy Tab S6 membawakan persediaan dwi kamera utama dengan gabungan lensa 13MP (f/2.0) + 5MP (f/2.2) bersama keupayaan autofokus. Beralih ke kamera hadapan, tablet ini diselitkan dengan lensa tunggal bersaiz 8MP (f/2.0). Lebih menarik, kedua-dua kamera menawarkan sokongan sudut lebar sehingga 123 darjah.

Secara keseluruhannya, hasil gambar kedua-dua belah kamera berada di tahap agak memuaskan – cukup memadai untuk penggunaan harian. Ia dilihat berupaya memberikan kualiti imej dengan perincian yang baik. Selain itu, foto terhasil juga mempunyai pembiakan warna yang tepat bersama kemasan seimbang. Pun begitu, disebabkan faktor saiz menjadikan proses mengambil gambar dengan tablet ini berasa agak janggal dan kurang selesa.

 

                               🔥 SOKONGAN STYLUS S – PEN 🔥                     

Meskipun aksesori – aksesori dijual secara berasingan, namun Samsung bijak ‘tackle’ hati pengguna dengan menyertakan stylus S-Pen secara terbina. Ia begitu selesa untuk digunakan dan menerima pelbagai penambahbaikan ketara. S-Pen ini disambungkan ke tablet melalui Bluetooth bagi membolehkannya menjadi alat kawalan jauh untuk mengawal pelbagai aplikasi pada tablet – termasuk mengawal persembahan Power Point, merakam gambar dan banyak lagi. Untuk pengecasan pula, ia boleh dicas secara wayarles dengan melekat secara magnetik pada slot magnet di belakang peranti. Untuk tujuan menulis,

Setiap kali anda mengeluarkan pen stylus dari tablet Chrome ini, akan terpapar tetapan yang membolehkan anda memilih sama ada ingin menulis nota, menggunakan sebagai penunjuk laser ataupun kata pembesar. Bagi memudahkan menulis nota, terdapat pelbagai jenis pen, pilihan warna, latar belakang dan juga ketebalan yang berlainan boleh digunakan!

 

                              🔥 JANGKA HAYAT BATERI BAIK 🔥                      

Beralih pula kepada bateri, Samsung Galaxy Tab S6 dibekalkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 7,040mAh. Dengan penggunaan cip binaan 7nm pada Snapdragon 855, tablet ini mampu menyajikan jangka hayat bateri yang baik untuk penggunaan sepanjang hari tanpa cas. Menarik bukan?

 

                                    🔥 Apa Kata Editor? 🔥                                    

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah Samsung Galaxy Tab S6 adalah gabungan sempurna antara kerja dan hiburan. Tablet ini boleh digunakan untuk pelbagai kerja (multi-task) dan berupaya menjalankan tugas dengan baik. Bagi yang berminat,  Samsung Galaxy Tab S6 ditawarkan pada harga RM 3,099 dan boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Samsung Online Store. Jangan lupa beli satu! 

You might also like