Reviu Eksklusif: Berbaloi Sangatkah Peranti Gaming Semahal ROG Mothership Ini? Korang Rasa?

Bosan kalau main game asyik lag sahaja kan? sampai kacau pengalaman gaming korang. Korang chill, korang rileks, sebab peranti raksasa daripada Republic Of Gamers ini pasti buat mata korang terbeliak!!! ROG Mothership. Bagus sangat ker? Hebat sangat ker? Sampai harga boleh beli kereta? Jom try tengok nih!!!

 

Spesifikasi Ringkas

Sebelum korang nak tengok kehebatan komputer berspesifikasi raksasa ni, korang try tengok dulu apa yang terhadir bagi komputer gaming nih!!

Aspek ROG Mothership
Sistem Operasi Windows 10 Pro – ASUS recommends Windows 10 Pro
Windows 10 Home
Pemproses Intel Core i9-9980HK
Grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 (Boost Clock: 1880MHz, 200W)
8GB GDDR6 VRAM
Memori DDR4 2666MHz SDRAM (Dual channel)
sehingga 64GB
SSD 3 x M.2 NVMe PCIE 3.0 x4 512GB SSD
Paparan 17.3 inci Full HD (1920×1080) IPS-level panel
144Hz, 3ms, 100% sRGB, G-SYNC
Software
  • Armoury Crate
  • GameFirst V
  • GameVisual
  • Sonic Studio & Sonic Radar lll
  • Aura
  • XSplit Gamecaster (Free)
  • Android / iOS App
Harga RM26, 999

 

 

Rupa Unik Memang Rare!!!

Rupa paras komputer riba ini bukan seperti komputer riba gaming yang biasa. Sangat rare tau!!! Hebatnya komputer ini apabila papan kekunci dan komputer ini boleh di tanggalkan . Angle juga boleh dilaraskan.

Disebabkan ia boleh ditanggalkan, ia memberikan paparan yang lebih luas dan ‘feel’ yang berbeza’. Korang tak percaya? korang tengok la sendiri rupa paras ROG Mothership ini!!

 

Mahal Sebab Itu Ia Memang Power!!!

Korang nak tahu kan kenapa peranti ini agak mahal? Disebabkan ia tampil dengan spesfikasi dalaman yang memang power giler!!! Peranti ini tampik dengan kad grafik yang hebat giler iaitu GeForce RTX 2080 yang boleh mencapai sehingga 1880 MHz pada 200W. Ia turut didpadankan dengan 8GB of GDDR6 VRAM yang mampu clocked pada 7200MHz.

Bukan itu jer tau!!! Ia turut dihadirkan dengan pemproses yang awesome giler iaitu Intel Core i9 generasi ke-9. Jadi tidak hairanlah ketika kami mencuba bermain game menggunakan peranti ini, tiada sebarang lag malahan grafik yang terhasil memang terbaik. Boleh dikatakan antara yang terbaik di pasaran pada ketika ini!

Tak percaya lagi? Kami cuba test peranti ini menggunakan Userbenchmark dan Crystaldisk benchmark bagi mengukur keupayaan peranti ini. Berikut adalah hasilnya:

Userbenchmark
Crystaldisk

Daripada keputusan tersebut menunjukkan ia berada pada tahap yang terbaik!! Dah terbukti kan.

 

Paparan Boleh Buat Korang terbeliak!!

Nak lagi puas, ROG Mothership ini hadir dengan paparan yang memang WOWERS giler iaitu bersaiz 17.3″ yang mana ia dihadirkan dengan 4K UHD. Kadar segar semula 144Hz dan 3ms response time. Jadi paparan memang tak boleh nak cakap apa dah. Memang puas giler!

 

Bunyi Boleh Meremang Bulu Roma

Tak lengkap kalau nak main game tapi tak ada sistem bunyi yang best!! Korang tak perlu risau sebab ROG Mothership ini memang terbaiklah sistem bunyi dia sebab ia dikuasakan dengan premium ESS® Sabre HiFi DAC.

Dihadirkan dengan 7.1 Channel virtual surround sound yang hadir dariapada 4W quad front speaker yang memberikan 200% bunyi yang lebih kuat. Boleh terpelanting kalau dengan nih! Meh tengok hasil bunyi daripada ROG Mothership ni!

 

Sistem Penyejukkan Yang Sejuk Beku!

Disebabkan papan kekuncinya boleh dicabut, ROG Mothership ini mampi berdiri gah bagi memberikan aliran udara yang lebih baik. Ia mampu mengurangkan suhu sehingga 14°C dan liquid metal membawa penyejukkan CPU ke tahap yang baharu. So korang tak ada masalah peranti cepat panas disebabkan bermain terlalu lama.

 

Try Aksesori Untuk Lebih Keterujaan

Kepuasan sebenarnya tidak terhenti disitu. korang boleh menambahkan lagi keseronokan bermain game menerusi aksesori yang boleh dipadankan pada ROG mothership ini. Aksesori ini pastinya boleh memudahkan kawalan dan memberi kepuasan bermain.

 

Gaming Terbaik!!

Dengan semua ciri hebat daripada ROG Mothership ini, tak dapat dinafikan korang memang akan puas bermain game menggunakan peranti ini. Sampai tak ingat dunia la kalau main.

 

Apa Kata Editor

Sememangnya ROG Mothersip ini luar biasa. Spesifikasi dalaman dan keunikkan reka bentu kboleh membuatkan korang tak lena tidur untuk bermain game menggunakan peranti ini. Pastinya korang akan puas!!! Sekiranya korang memiliki bajet yang besar untuk bermain game, ini adalah pilihan untuk anda!!!

Harga Aksesori:
  • Gladius Core – RM 169
  • ROG Delta – RM 819
  • ROG STRIX EDGE – RM129
  • ROG STRIX GO – 699
  • ROG SCOPE PBT – 469
  • ROG SCOPE TKL- 549 (deluxe edition)
  • ROG GLADIUS II WIRELESS- RM429

__________________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like