
Acara besar-besaran Shopee 11.11 Big Sale kembali lagi kali ini dengan pelbagai diskaun eksklusif, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios hanya RM1!
Shopee 11.11 Big Sale bermula sekarang hingga 11 November 2019, antara jenama yang mengambil bahagaian termasuk Carlo Rino, P&G, Nestle, realme, Tefal, Mr DIY, Enfagrow, Nutox, Universal Traveller, Samsung, Watsons, Honor, HomeHuk, Photobook Malaysia, Vinda, L’Oréal dan Unilever.

Tawaran menarik termasuk:
- KFC menawarkan diskaun eksklusif sehingga 52% hanya pada 11 November
- CIMB, Citibank, HSBC, RHB, Standard Chartered dan UOB menawarkan diskaun khas buat pemegang kad serta baucar lebih menarik pada 11 November.
- Pengguna e-wallet Boost boleh membeli baucar tunai Shopee pada 10% untuk dapatkan penjimatan lebih baik.
Selain itu, pelbagai permainan dalam aplikasi turut disertakan seperti Shopee Catch, Shopee Strike, Voucher Together-Gether, Shopee Lucky Egg dan Shopee Quiz bagi memenangi Shopee Coins dan baucar.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale.






