Reviu Eksklusif: Lenovo IdeaPad S340, Komputer Riba Yang Bukan Kaleng-Kaleng!!

Lenovo baru sahaja melancarkan komputer riba terbaharunya yang dikenali sebagai Lenovo S340. Ia bukan sahaja cantik diluar tetapi berkuasa dari dalam. Tak percaya? Jom Cuba Try Test usha dulu!!!

Rupa Paras

Siapa yang berani menidakkan bahawa rekaan IdeaPad S340 ini sangat eksklusif. Berat yang agak ringan iaitu 1.55 kg dan senipis 17.9 mm. Papan kekunci juga tampak selesa ketika digunakan untuk menaip. Ia pasti membantu anda ketika melakukan kerja menggunakan IdeaPad ini. Jom lihat komputer riba ini dengan lebih dekat:

 

Speksifikasi Perform giler!!!

Dalaman komputer riba ini not bad!! Dikuasakan oleh generasi ke-2 AMD RyzenTM Mobile Processor dengan RadeonTM Vega Graphics. Proses penggunaannya tampak lebih lancar tanpa ada sebarang lag. Menambah rencah adalah apabila ia turut dikuasakan oleh Generasi ke-8 Intel Core i7-8265U dan grafik yang baik iaitu NVIDIA GeForce MX230.

  • Paparan: 15.6 inci FHD (1920 x 1080 piksel) TN, 220nits / 250 nits / 15.6 inci HD(1366 x 768 piksel) TN, 220 nits.
  • CPU :Generasi ke-8 Intel Core i7-8265U
  • Memori : 4GB DDR4 2400MB
  • Storan : 1TB HD 5400RPM
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce MX230
  • Harga : RM2159

Kehebatan komputer riba ini tidak dapat disangkal lagi apabila kami telah menjalankan ujian ke atasnya menerusi Userbenchmark dan Crystaldisk Mark. hasil daripada ujian ini mendapati komputer ini beroperasi dengan sangat baik. Berikut adalah keputusan ujian ke atas komputer riba ini:

Userbenchmark

CrystalDisk Mark

 

Audio Yang Super Awesome!

Ini yang menjadi keistimewaan komputer riba ini apabila ia tampil dengan audio yang lantang dan kuat serta jelas. Bunyi yang terhasil adalah sangat terperinci. Tidak hairanlah kerana ia menggunakan sistem audio daripada Dolby. Berikut adalah hasil apabila kami memainkan muzik dan melaraskan audio pada tahap paling tinggi. Tidak pecah dan sangat menakjubkan.

Paparan Yang Not bad!!

Paparan juga tidak dapat di sangat baik. Dengan saiz paparan yang baik iaitu 15.6 inci FHD memberikan tontonan yang baik kepada anda. Di Tambah dengan bezel yang nipis dibahagian tepi pastinya mampu menyajikan kepada anda tontonan yang memukau.

Ini merupakan antara ciri khas yang terdapat pada IdeaPad S340 ini apabila ia tampil dengan webcamm yang boleh Shutter yang boleh ditutup. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan slide ia ke kiri atau ke kanan untuk membuka atau menutupnya. Mudah Giler!!! Jadi privasi anda sebelum memulakan webcamm ditanggani.

Pengecasan Not Bad!!!

IdeaPad S340 ini pastinya sebuah peranti serba guna yang memerlukan anda untuk mengecasnya dengan pantas. Kami telah melakukan ujian pengecasan ke atas komputer riba ini.

Kami mula mengecasnya pada jam 3.21 pagi iaitu ketika bateri berada pada 39%. Kemudian ia mencapai 100% pada jam 5.00 pagi. Ia mengambil masa hanya selama 1 jam 39 minit.

Apa kata Editor

Bagi kami, komputer riba ini adalah sangat baik dan berbaloi untuk dimiliki. Dengan reka bentuk yang menawan dan spesifikasi yang gergasi bagi kelasnya membuatkan ia menjadi suatu peranti yang harus dimiliki. kombinasi di antara paparan dan audio merupakan formula kepada keunggulan komputer riba ini. Jadi milikinya pada harga RM2159.

Beli Peranti Lenovo Di Sini:

_________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like