Tak Rugi Beli Xiaomi Mi 9T Pro, Macam-Macam Boleh Dapat Weh! Tak Percaya, Baca Ni…

Xiaomi kini semakin kuat apabila dilihat terus mengeluarkan peranti dengan rekaan bergaya dan punyai aura tersendiri. Dengan menggabungkan spesifikasi perdana, reka bentuk menawan dan sistem tri kamera serba boleh, Xiaomi Mi 9T adalah antara salah satu model yang meneruskan trend tersebut. Titik harga ditawarkan juga lebih berpatutan. Dalam erti kata lain, segalanya hampir sempurna. Tak percaya? Baca ni…

 

Rekaan Nice Teruk!

Rekaan Mi 9T Pro kelihatan menarik dengan gabungan kaca dan logam – terutamanya dalam warna Glacier Blue. Skrin Super AMOLED sebesar 6.39″ FHD+ (1080 x 2340) menjadikan setiap kandungan nampak real. Ditambah pula kelebihan bezel yang seakan-akan menghilang dan style kamera boleh sorok, sejujurnya kami jatuh hati.

 

Terima Kasih Snapdragon 855!

Kuasa utama terletak pada berkat Snapdragon 855 yang digabungkan dengan 6GB RAM dan storan sehingga 128GB ROM – Jadi, terdapat banyak ruang untuk memuatkan file yang produktif dan hampir semua permainan mampu berjalan dengan baik pada frame rates tinggi. Satu lagi peningkatan adalah 8 lapisan graphite cooling system – bertujuan menyebarkan haba dengan lebih cepat.

 

Kamera Serba Boleh!

Kamera adalah sebahagian penting pada Mi 9T Pro – gabungan lensa 48MP + 13MP + 8MP. Butiran foto terhasil benar-benar mengagumkan – penghasilan warna yang baik dan tajam. Prestasi pada pencahayaan rendah juga tidak dapat disangkal – terdapat mod malam khas yang memberikan hasil gambar dengan sangat baik. Kamera depan pun tak kalah – ia diletakkan pada bahagian pop-naik dengan lensa sebesar 20MP.

 

Bateri Tak Kedekut!

Bateri 4,000mAh! Sememangnya cukup untuk penggunaan sepanjang hari dengan penggunaan biasa – kami mendapati ia meninggalkan sekitar 30% pada penghujung penggunaan. Untuk pengecas, Mi 9T Pro juga didatang dengan pengecas 18W dari dalam kotak dan menyokong pengecasan pantas 27W tetapi dijual secara berasingan.

 

Harga AWESOME!

Cakap soal harga, okay part ni memang terbaik! Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan berbaloi yang mana memang sesuai untuk semua. Dengan prestasi cemerlang, bagi yang berminat peranti ini boleh didapati pada harga RM1,599 untuk versi 6GB + 64GB dan RM1,799 untuk model 6GB + 128GB. Pun begitu jika prestasi dan permainan bukan pilihan  korang, jangan risau. Korang juga boleh dapatkan Xiaomi Mi 9T versi standard. Okay?

You might also like