vivo iQOO Pro 5G Bakal Dibina Dengan Bateri 4,500 mAh

vivo iQoo dijadualkan bakal muncul secara rasmi pada 22 Ogos 2019 – versi kemas kini dengan pemproses berkuasa terbaharu iaitu Snapdragon 855+. Kini, muncul satu lagi maklumat tertiris mengenai spesifikasi peranti berkenaan – ia disahkan mempunyai bateri berkapasiti 4,500 mAh.

Tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan 5G yang didedahkan – sebaliknya hanya panel belakang peranti kini dikatakan berlegas secara meluas di media sosial. Menurut maklumat terdahulu, vivo iQoo 5G akan membawakan paparan bersaiz 6.41” Super AMOLED dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin.

[BACA : vivo iQOO Pro 5G Diperkenal Kepada Umum Pada 22 Ogos 2019!]

Enjin dalaman berkemungkinan dibantu oleh memori 8GB RAM bersama tiga pilihan storan dalaman iaitu – 128GB, 256GB dan 512GB. Dari segi kamera, peranti ini mungkin menyertakan kamera selfie 12MP dan tiga kamera belakang yang terdiri daripada lensa 48MP + 13MP + 12MP.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak dan lihat apakah kejutan untuk kali ini. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

You might also like