vivo AR Glass Bakal Diperkenalkan – Sokong Paparan 3D & Sudut Pandangan Seluas 110 Darjah?!

MWC 2019 Shanghai telah membuka tirai hari ini, vivo dijangka akan memperkenalkan teknologi baharu dalam acara tersebut dan salah satunya adalah kaca mata pintar AR Glass.

Menurut gambar yang dikongsi oleh pihak vivo, hanya diketahui kaca mata pintar vivo AR Glass ini sedia menyokong paparan skrin 3D yang mampu mencecah sehingga sudut pandangan seluas 110 darjah.

Seperti biasa, kita nantikan maklumat selanjutnya dari pihak vivo dalam acara MWC 2019 Shanghai.

 

 

You might also like