

ASUS baru sahaja melancarkan model terbaharu komputer ribanya iaitu ASUS VivoBook Ultra A512 yang menjanjikan kepuasan buat mereka yang ingin melaksanakan tugasan. Tidak kira sama ada anda golongan profesional mahupun pelajar, komputer riba ini pastinya memberikan satu nafas baharu buat anda.
Spesifikasi Mengagumkan
Tampil dengan Intel® Core™ i5-8265U serta sistem operasi Window 10 dan kad grafik NVIDIA® GeForce® MX 250 memberikan pengalaman mengagumkan buat pengguna. Ditambah dengan memori 16GB DDR4 2400MHz serta rekaan dwi storan iaitu 512GB PCIe SSD pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba komputer riba ini. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:
|
Spesifikasi |
VivoBook Ultra A512 |
|
CPU |
Intel® Core™ i5-8250U |
|
Paparan |
15.6 inci FHD (1920 x 1080) panel dengan 178 darjah sudut lebar |
|
Sistem Operasi |
Windows 10 Home |
|
Grafik |
NVIDIA® GeForce® MX 250 |
|
Memori |
Sehingga 16GB DDR4 2400MHz |
|
Pilihan Storan |
Rekaan Dwi Storan 512GB PCIe SSD |
|
Wireless |
802.11ac Wi-Fi / Bluetooth® 4.2 |
|
Kamera |
HD Webcam |
|
Sambungan |
1 x USB 3.1 Gen 1 Type-C™ 1 x USB 3.1 Gen 1 Type-A 2 x USB 2.0 Type-A 1 x 3.5mm audio combo jack 1 x HDMI1.4 1 x SD card reader |
|
Audio |
2 x stereo speakers berkualiti tinggi dengan ASUS Sonic Master technology dan surround effects |
|
Keselamatan |
Pengimbas cap jari pada Touchpad |
|
Bateri |
32/37Whr 2-cell lithium-polymer battery |
|
AC adapter |
65W |
|
Dimensi |
357.2x 230.4 x19.5mm |
|
Berat |
1.6kg |
Rekaan Unik Dan Eksklusif

Tampil dengan Chassis yang sangat menarik dengan rekaan yang unik. Dengan logo ASUS yang sedikit timbul di bahagian belakang memberikan rasa eksklusif bagi komputer riba ini.
Jika dilihat di sebelah kiri komputer riba ini, disertakan dengan 2 port USB 3.1 Gen 1 Type-A.
Manakala di bahagian kanan komputer riba ini pula di hadirkan dengan port USB 3.1 Gen 1 Type-C, USB 2.0 Type-A, Audio Jack, Port HDMI 1.4 dan SD card reader.
Apa yang pasti, ia turut menggunakan reka bentuk engsel ErgoLift yang boleh menampung paparan dengan stabil serta mengangkat sedikit papan kekunci komputer riba ini sebanyak 2°. Jadi lebih selesa nak menaip menggunakan peranti ini.
Berikut adalah rupa paras keseluruhan komputer riba ini:
Papan Kekunci Yang unik
Menariknya pada komputer riba ini adalah ia hadir dengan sistem pengecaman cap jari di bahagian touch pad ini. Ia pastinya memberikan sentuhan baharu kepada rekaan dan penggunaannya. Cara tetapannya juga mudah:

Dalam pada itu papan kekunci di bawah papan kekunci VivoBook Ultra A512 turut hadir dengan fungsi kawalan isyarat yang memudahkan kerja. Dengan hanya menggunakan jari, pelbagai gerak kerja boleh dilaksanakan. Berikut adalah kawalan isyarat yang tersedia:

Paparan NanoEdge Yang Serius WOW Giler!!!

Apa yang menarik mengenai komputer riba ini adalah ia tampil dengan paparan yang mengagumkan. Hadir dengan saiz 15.6 inci memberikan kepuasan kepada pengguna. Dengan rekaan NanoEdge di bahagian bucu yang sangat nipis pada paparan ini membuat tontonan lebih luas. A512 ini tampil dengan FHD (1920 x 1080) panel dengan 178 darjah sudut lebar. Dihadirkan dengan bezel yang nipis iaitu 5.7mm membolehkan komputer riba ini mencapai 87% nisbah skrin ke kerangka.
Lebih mengujakan apabila tontonan video turut dipertingkat dengan ASUS Tru2Life Video technology. Ia mengoptimumkan ketajaman dan kontras bagi setiap piksel dalam setiap frame bagi menghasilkan visual yang lebih realistik.
Sistem Bunyi Yang Sangat Baik
ASUS VivoBook Ultra (A512) ini hadir dengan ASUS Sonic Master yang merupakan kombinasi antara hardware, software dan rekaan penalaan audio yang menjanjikan audio yang terbaik. Audio pastinya boleh dioptimumkan dengan ASUS Audio Wizard yang mana ia disertakan dengan 5 mod pratetap bergantung kepada penggunaan sama ada untuk muzik, movie, rakaman, gaming dan mode ucapan.
menerusi ASUS Sonic Master ini, bunyi yang lebih kuat, jelas, bass yang sangat dalam dan banyak lagi dapat dihasilkan. Kami telah menjalankan ujian bunyi ke atas komputer riba ini. Hasilnya adalah sangat baik apabila ia menghasilkan audio yang sangat jelas, dan kuat.
Daya Tahan Bateri Yang Baik
ASUS VivoBook A512 ini hadir dengan kapasiti bateri 32/37Whr 2-cell lithium-polymer battery. Kami turut melakukan ujian pengecasan ke atas komputer riba ini. Kami mula mengecas komputer riba ini ketika ia berada pada 11% iaitu pada jam 8.58 pagi. Ia mencapai 100% pada jam 11.09 pagi. Ia mengambil masa hanya selama 2 jam 11 minit. Jadi anda pastinya tidak mempunyai masalah yang melibatkan bateri ketika menggunakannya.

Ujian
Prestasi komputer riba ini pastinya mampu bersaing dengan komputer yang berada di pasaran pada ketika ini. Kami telah melakukan ujian mengguanakan UserBenchMark dan CrystalDisk mark 6. Hasil daripada ujian tersebut mendapati ia mempamerkan prestasi yang sangat baik.
#UserBenchMark

#CrystalDiskMark 6

Apa kata Editor
Secara keseluruhan, ASUS VivoBook Ultra A512 ini tampil dengan rekaan yang sangat menarik dan elegan. Paparan yang mempersona dan bezel nipis membuatkan pengalaman tontonan yang sangat baik. Ditambah dengan spesfikasi yang terbaik dan grafik yang mempersona membuatkan ia sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat sama ada golongan profesional mahupun pelajar. Kepelbagaian dalam pengguna seperti editing mampu menarik minat pengguna.











