HUAWEI Nova 4e Berjaya Menjadi ‘Trendsetter’ Terbaik Dalam Industri Telefon Pintar

Apakah warna biru pada sudut pandangan anda? Rona biru kebiasaannya dikaitkan dengan laut dan langit. Bahkan, warna ini merupakan antara yang paling digemari ramai kerana melambangkan kedamaian dan santai.

Nilai keindahan ini sama seperti saat sang merak mengembangkan bulu ekor yang luar biasa – rona biru memainkan peranan penting dalam mempersembahkan keindahan paling menakjubkan.

HUAWEI berjaya mempersembahkan keindahan semula jadi yang menakjubkan ini dalam bentuk warna telefon pintar melalui kemunculan HUAWEI Nova 4e, Peacock Blue. Lebih mengiurkan apabila Peacock Blue berjaya menjadi ‘trendsetter’ terbaik dalam dunia telefon pintar sehingga menjadi topik bualan ramai pencinta gajet.

Kemasan warna cerun biru cerah di samping kilauan berbentuk “S” yang menyerupai tampilan siluet ekor kembang sang merak pada panel belakang peranti amat memukau tiap mata yang memandang. Penggunaan kaca melengkung 3D di belakang juga menawarkan cengkaman yang selesa.

HUAWEI nova 4e menampikan paparan bersaiz 6.15 inci bersama rekaan takuk kecil sebesar titisan air yang menempatkan kamera hadapan sebesar 32MP. Jangan risau! Takuk ini sama sekali tidak mengganggu penglihatan. Selain itu, nisbah skrin ke badan adalah sebanyak 90.4% sekaligus menyajikan tahap tontonan terbaik untuk pengguna.

Apakah yang membezakan HUAWEI Nova 4e dan sejumlah peranti lain yang ada di pasaran adalah kamera depan 32MP pada model ini bertujuan untuk imej yang semula jadi dan realistik. Tidak kira siang atau malam, anda pasti boleh menikmati pengalaman selfie yang sempurna! Tak ketinggalan, terdapat juga fungsi 3D Qmoji comel – seperti kucing, penguin dan sebagainya!

Bukan itu sahaja, HUAWEI Nova 4e dibekalkan teknologi EIS sekaligus mampu menyajikan pengalaman shot penggambaran malam yang terbaik! Sehinggakan anda boleh mengambil gambar malam hari yang mempesonakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan hand-held atau tanpa tripod.

Kamera utama juga tidak kalah! HAUWEI Nova 4e lengkap dengan ketersediaan sistem tri-kamera utama. Kanta ini terdiri daripada 24MP lensa RGB, 8MP lensa sudut ultra-lebar, dan 2MP lensa bokeh. Dengan gabungan ini, pengguna bebas untuk menyesuaikan kanta mengikut adegan berbeza.

Tidak ketinggalan, HUAWEI Nova 4e turut lengkap dengan perkakasan dan perisian yang luar biasa. Dari segi perisian, enjing HUAWEI Nova 4e dijana oleh cip pemproses Kirin 710 dan dibantu storan simpanan yang besar iaitu 128GB. Untuk perisian, HUAWEI Nova 4e berjalan pada EMUI terbaru 9.0.1 bagi memastikan pengalaman pengguna yang terbaik untuk sebarang situasi.

Bagi yang berminat, HUAWEI Nova 4e kini ditawarkan pada harga RM1,199 dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue. Peranti ini boleh didapati melalui HUAWEI Experience Store, HUAWEI Online Store dan pengedar sah. Maklumat lanjut, layari HUAWEI Malaysia.

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia

You might also like