

HARGA: RM2399
Pernah tak dengar jenama SONOS? Ia sememangnya terkenal dalam penghasilan aksesori seperti speaker dan soundbar, dan SONOS Beam soundbar merupakan salah satu produk baharu mereka.
Soundbar ini berjaya menerima reviu yang baik dari laman web terkenal <What Hi-Fi?>, dengan ulasan mereka bahawa SONOS Beam merupakan salah satu produk berprestasi terbaik telah dihasilkan.
Kami berpeluang mencuba sendiri prestasi soundbar ini juga, ingin tahu apa komen kami teruskan baca.
KOTAK PEMBUNGKUSAN
Dalam kotak pembungkusan panjang ini, terdapat sebuah SONOS Beam soundbar, kepala 3-Pin, kabel HDMI dan Optical Audio Adapter.

PORT SAMBUNGAN
Panel belakang soundbar ini terletak sebuah port kuasa, butang sambungan (pairing button), port rangkaian dan port HDMI.

BUTANG KAWALAN
Butang kawalan SONOS Beam tertumpu pada panel depannya yang menggunakan cara kawalan sesentuh, anda boleh melaras suara dan butang kuasa dengan lebih mudah.
Di samping itu, SONOS Beam juga hadir bersama sokongan suara di mana terdapat 5 mikrofon yang terbina dalam, namun perkhidmatan ini masih tidak disokong di pasaran Malaysia.
REKA BENTUK MENARIK
Secara keseluruhannya SONOS Beam mempunyai reka bentuk yang sangat kompak, ukuran 68.5 x 651 x 100mm dengan berat hanya 2.8kg tidak menjadi beban dan amat sesuai untuk ruang tamu yang sederhana besar.

KUALITI AUDIO
Setelah mencuba sendiri beberapa lagu yang dimainkan, kami mendapati kualiti audio SONOS Beam ini sangat memuaskan. Walaupun saiz agak kompak namun audio memang padu, dan yang penting selesa dan seimbang untuk didengari.

CARA MEMASANG
Soundbar ini tidak hadir bersama alat kawalan jauh, maknanya semua kawalan hanya dilakukan melalui aplikasi SONOS Controller. (Muat Turun: Android / iOS)
Muat turun aplikasi ini dan sambung untuk kali pertama di bawah WiFi yang sama, kemudian setiap kali anda buka ia akan menyambung secara automatik.
ULASAN
Seperti yang dikatakan di atas, SONOS Beam adalah soundbar yang cukup menarik dan hebat. Dengan kemasan yang ringkas serta saiz yang kompak, kualiti audio tetap dijamin bagus di mana bunyi frekuensi dikawal dengan baik sekali, memang audio yang cukup padu!

♥ BACA REVIU & MENANG HADIAH ISTIMEWA ♥
Dah habis baca reviu ini, menarik kan?!
Ada lagi yang lebih menarik, kami nak bagi hadiah! PERADUAN BERMULA 17 JAN DI Facebook eRing Malay! STAY TUNED…
___________________________________________
Baca Juga:
- SONOS Beam Kini Boleh Dibeli Di Harvey Norman & Machines – Berharga RM2,399
- Reviu Eksklusif: Klipsch Heritage The One, Speaker Audio Mewah

