
LG V40 ThinQ – Sah Hadir Bersama Lima Kamera!
Peranti terbaru dari LG iaitu V40 ThinQ bakal diperkenalkan pada 3 Oktober 2018, sebelum rasmi satu video promo telah dikongsikan oleh pihak LG di YouTube yang jelas mengetengahkan unsur lima dan tiga sepanjang video dimainkan.
Rekaan tiga kamera secara melintang pada panel belakang V40 ThinQ jelas diperlihatkan, masing-masing adalah lensa standard, lensa sudut lebar dan lensa telefoto. Kamera hadapan pula hadir dengan dwi lensa dari gabungan lensa standard dan lensa sudut lebar.
LG V40 ThinQ hadir dengan skrin 6.4 inci, khabar angin juga mengatakan ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 845 dengan sokongan RAM 6GB. Tersedia dalam warna baharu iaitu Aurora Black, Platinum Grey, Moroccan Blue dan Carmine Red yang lebih elegan berbanding model sebelumnya.
Maklumat selanjutnya masih tidak diketahui lagi, kita nantikan majlis pelancaran pada esok. Diharap pasaran Malaysia juga akan membawa masuk peranti ini.