Aplikasi Bahasa Isyarat EDDY Dilancarkan Oleh Digi Dan BAXS Technology

Digi hari ini berkolaberasi bersama BAXS Technology melancarkan aplikasi bahasa isyarat yang dipanggil EDDY. Singkatan bagi Edugame & Dictionary for Deaf ini adalah satu aplikasi yang memudahkan orang kehilangan pendengaran atau pekak berhubung dengan komuniti, keluarga, dan guru.

Inisiatif ini mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan iaitu Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Malaysia Federation of Deaf (MFD). EDDY yang telah memenangi Digi’s Challenge for Change (DigiCFC7) menawarkan pembelajaran bahasa isyarat yang mudah kepada golongan pekak dan bukan pekak terutamanya kanak-kanak.

Figura EDDY yang beranimasi 3D disediakan di dalam aplikasi boleh ditonton turut meliputi 1,000 perkataan daripada kamus bahasa isyarat selain menawarkan pembelajaran dalam bentuk permainan interaktif. Kedua-dua ciri ini membolehkan pengguna mempelajari bahasa isyarat untuk digunakan dalam pelbagai situasi yang berbeza. Selain itu, integrasi kecerdasan pintar (AI) juga membantu menterjemah suara kepada bahasa isyarat dengan mudah.

Aplikasi ini direka menerusi idea Digi kepada komuniti di Malaysia untuk terus berhubung tanpa mengira seseorang itu cacat mahupun normal. Jadi dengan adanya EDDY, setiap individu boleh mempelajari bahasa isyarat dengan mudah dan pantas.

Setakat ini sebanyak 40,000 individu pekak sudah berdaftar di EDDY, dan di masa akan datang aplikasi ini mungkin akan diangkat sebagai platfom pembelajaran bahasa isyarat di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aplikasi bahasa isyarat, EDDY kini boleh dimuat turun di Google Play bermula hari ini. Sementara untuk App Store, ia akan mula ditawarkan tidak lama lagi.

You might also like