Rasmi! Moto Z² Play Dilancarkan Pada Harga RM1,999 – Telefon Pintar Dengan Ciri Modular

Tanggal 6 Julai 2017 bertempat di Bangsar South City, Lenovo Malaysia selaku pengendali Motorola telah melangsungkan satu acara besar-besaran yang dihadiri pihak media dan pengedar sah seluruh Malaysia. Pada majlis ini, Lenovo telah melancarkan telefon pintar Moto Z² Play, iaitu peranti flagship dengan fungsi menarik yang boleh dikepilkan bersama beberapa modular.

Moto Z² Play yang masih mengekalkan identitinya sebagai peranti dengan sokongan modular kali ini lebih baik dengan kemaskini dari segi berat, ketebalan dan prestasi. Sambungan kepada modular seperti kamera Hasselblad, Speaker JBL, Projektor dan Bateri tambahan TurboPower boleh dilekatkan di bahagian belakang peranti ini hanya menggunakan magnet.

Kamera Hasselblad

Moto Z² Play ini memiliki paparan yang jelas Super AMOLED 5.5 inci HD penuh yang hampir kelihatan seperti paparan beresolusi 2K. Dibekalkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 626 lapan teras 2.2GHz mampu memberikan pengalaman yang optimum, peranti ini menggunakan sistem operasi terkini Android 7.1.1 Nougat. Seterusnya, ia juga memiliki memori RAM 4GB dan storan 64GB yang menyokong kad microSD sehingga 2TB.

Kamera pada Moto Z² Play ini tidak menggunakan sistem dwi tetapi hanya hadir dengan satu lensa 12 Megapiksel dwi Autofocus aperture f/1.7 turut dibantu lampu flash LED. Lensa di panel depan pula diletakkan kamera 5 Megapiksel sudut lebar aperture f/2.2 dan dua lampu flash LED cukup untuk berswafoto dalam cahaya yang terhad.

Moto mods

Semua perkakasan dan kelengkapan ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,000mAh mampu bertahan sepanjang hari dan pengecasan selama 15 minit boleh memberikan kuasa sehingga 7 jam. Peranti ini juga menyokong fungsi dwi SIM Nano dan pembesar suara di bahagian depan serta didatangkan dengan kerangka badan berwarna Lunar Grey dan Fine Gold.

Lenovo Mobile menawarkan Moto Z2² dengan harga RM1,999 dan boleh dapatkan di semua kedai sah Lenovo Mobile dan pengedar seluruh Malaysia.

GamePad

Di samping itu, bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2017, para pelanggan di Lembah Klang boleh mencari kereta Motorola dan merebut peluang untuk memenangi Moto Z² Play baharu serta pelbagai hadiah harian lain. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan, ikuti laman Facebook Moto Malaysia.

SPESIFIKASI

You might also like