
Cymbal, Tempat Peminat Muzik Berkongsi Lagu Kegemaran
Cymbal adalah aplikasi di mana peminat muzik berkumpul dan berkongsi lagu kegemaran mereka. Dari dalam aplikasi anda boleh melihat profil pengguna lain dan mendengar muzik kegemaran mereka. Di samping itu anda juga boleh kongsikan playlist lagu kegemaran anda dan mencari lagu atau artis baru berdasarkan jenis muzik yang anda gemari.
Aplikasi Cymbal juga menyokong fungsi memainkan lagu dari SoundCloud dan Spotify terus dari dalam aplikasi ini, jadi anda tidak perlu lagi menukar aplikasi ketika mendengar muzik.
Muat Turun: