Reviu Eksklusif: Hello Kitty Grace 10 Light, Komputer 2 dalam 1 Bertemakan ‘Hello Kitty’ Dengan OS Windows 10

grace-10-light

HARGA: RM 999

Hello Kitty Grace 10 Light dengan rasminya diperkenalkan untuk pasaran Malaysia dan hanya dijual sebanyak 1000 unit sahaja. Ia tampil dengan rekaan kompak serta didatangkan dalam warna pastel merah jambu yang pastinya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja, terutamanya bagi peminat Hello Kitty. Apa yang menariknya komputer riba 2 dalam 1 ini berbanding komputer yang ada di pasaran sekarang? Sama-sama kita lihat reviu produk ini.

SPESIFIKASI

  • Sistem Operasi: Windows 10
  • Chipset: Intel Aton x5-z8300
  • GPU: Quad Core 1.84GHz
  • Skrin: 10.1″ IPS LCD, 1200 x 800 piksel
  • Kamera Utama: 5MP
  • Kamera Depan: 2MP
  • Memori Dalaman: 32GB ROM, 2GB RAM DDR3
  • Memori Tambahan:
    microSD (sehingga 64GB)
  • Kapasiti Bateri: Li-Ion 6600mAh
  • Sambungan: WiFi 802.11 b/g/n

 

Kenapa Anda Perlu Memiliki Hello Kitty Grace 10 Light?
  1. Hello Kitty Pigo Keyboard
    Istimewanya, dengan harga RM 999, komputer 2 dalam 1 ini didatangkan sekali dengan papan kekunci yang berfungsi seperti komputer riba biasa.
  2. Wallpaper Hello Kitty
    Hello Kitty Grace 10 Light turut disediakan bersama wallpapers Hello Kitty yang semestinya comel dan menawan.
  3. Paparan Skrin
    Hello Kitty Grace 10 Light menampilkan paparan skrin berukuran 10.1 inci dengan resolusi 1280×800 piksel.
  4. Seberat 600g
    Rekaan yang kompak ini juga memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.
  5. Bateri Li-Ion 6600mAh
    Pengguna komputer riba sering berdepan dengan masalah bateri bukan? Jangan risau, kerana ia menawarkan bateri sebesar 6600mAh yang boleh digunakan selama 5 jam.
  6. Windows 10
    Hello Kitty Grace 10 Light telah dioperasikan oleh Windows 10 yang telah menerima beberapa perubahan baru yang menarik!
  7. Pemproses Intel & RAM
    Ia juga telah dikuasakan oleh pemproses Intel Z8300 berkelajuan 1.833GHz bersama 2GB RAM dan ROM 32GB.
  8. OneDrive
    Selain itu, turut menyediakan storan awan OneDrive sebesar 15GB.
  9. Microsoft Office Mobile
    Salah satu fungsi menarik yang terdapat pada peranti ini adalah ia telah dimuat turun bersama aplikasi Microsoft Office Mobile.

 

FIZIKAL

keyboard• Papan Kekunci dengan rekaan Hello Kitty.

cover• Cover/casing Hello Kitty disediakan untuk melindungi peranti.

dock• Dock khas untuk sambungan komputer riba dengan papan kekunci.

stand• Cover juga boleh dijadikan stand, sesuai digunakan untuk menonton video mahupun melayari Internet.

 

skrin• Sokong paparan skrin berukuran 10.1 inci dengan resolusi HD.

port• Port audio yang terdiri daripada lubang pengecas, mikrofon, microUSB, HDMI, ruangan untuk memori tambahan dan juga 5mm audio jack.

back• Panel belakang yang mudah meninggalkan kesan cap jari yang kelihatan agak kotor.

 

CIRI-CIRI MENARIK

Tema Hello Kitty

tema-hello-kittyMemandangkan peranti ini dikeluarkan untuk edisi khas Hello Kitty, ia menyediakan theme dan juga wallpaper Hello Kitty yang sangat comel! Bukan itu sahaja, folder gambar, music, video, dokumen dan juga muat turun juga bertemakan Hello Kitty! Cool bukan!

Tablet Mode

tablet-modeKelebihan yang dimiliki oleh Hello Kitty Grace 10 Light adalah ia boleh digunakan sebagai tablet mahupun sebuah komputer riba. Dengan paparan skrin berukuran 10.1 inci, penggunaan sebagai tablet masih sesuai ditambah pula dengan kehadiran mod Tablet (kotak merah) bagi memudahkan anda mengawal peranti ini.

Microsoft Office Mobile

microsoft-office-mobileSalah satu ciri menarik yang ada pada komputer 2 dalam 1 ini adalah disediakan dengan aplikasi Microsoft Office Mobile. Ia membolehkan anda membuat pelbagai kerja pejabat di rumah hanya menggunakan tablet sahaja. Sokongan pelbagai dokumen pejabat seperti Word Mobile, Excel Mobile, PowerPoint Mobile dan juga OneNote membolehkan anda membuat suntingan dokumen.

Kamera 5 Megapiksel

kamera-5-megapikselHello Kitty Grace 10 Light telah dibekalkan dengan penggambaran utama 5 Megapiksel bersama kamera depan 2 Megapiksel. Walaupun resolusinya rendah, hasil gambarnya masih memuaskan. Malah fungsi mengedit gambar juga terasa lebih mudah dengan adanya pelbagai filters dan juga effects menarik!

Battery Saver

battery-saverJarang kita lihat komputer riba dilengkapi dengan mod Baterry Saver bukan? Walaupun dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 6600mAh, tetapi ia masih tidak mencukupi. Oleh itu, Hello Kitty Grace 10 Light telah menyediakan mod Power Saving yang akan menjimatkan bateri dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan.

My News

my-newsSalah satu aplikasi menarik yang disediakan pada model ini adalah My News. Selain memaparkan pelbagai berita di dalam dan luar negara, terdapat beberapa kategori berita yang boleh dipilih iaitu Health & Fitness, Food & Drink, Entertaiment serta Tech & Sciene. Anda boleh membuat bookmark berita yang ingin dibaca semula dan ia akan terus disimpan di dalam ruangan favorites. Selain itu, anda juga boleh kongsikan dengan rakan-rakan di laman sesawang.

HASIL GAMBAR

outdoor
Outdoor
indoor
Indoor

Kedua-dua hasil gambar yang diambil ini kelihatan memuaskan walaupun diambil dalam dua situasi berbeza. Dengan lensa penggambaran utama 5 Megapiksel, ia mampu menghasilkan gambar outdoor tanpa penambahan warna yang ketara. Cuma bahagian langit sedikit terdedah kepada cahaya matahari. Manakala gambar indoor pula, ianya diambil dalam pencahayaan yang kurang, tetapi hasilnya masih memuaskan kerana nampak dengan jelas tulisan pada gambar yang diambil.

 

KOMEN

Secara ringkasnya, komputer riba 2 dalam 1 ini amat sesuai terutamanya bagi mereka yang suka mengumpul barangan edisi terhad  Hello Kitty. Bagi pelajar yang sedang mencari komputer mudah alih untuk kegunaan seharian pula, Hello Kitty Grace 10 Light adalah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan. Rekaannya yang kompak cukup bagus dan secara keseluruhan sistem peranti ini berfungsi dengan baik walaupun terdapat sedikit kekurangan. Malah kehadiran papan kekunci yang nipis bersama-sama pembelian Hello Kitty Grace 10 Light memudahkan anda mengguna dan membawanya ke mana sahaja. Namun begitu, panel belakang komputer 2 dalam 1 ini mudah meninggalkan kesan cap jari dan ia kelihatan agak kotor serta tidak eksklusif lagi.
You might also like