
POS Malaysia
Sebelum ini eRing ada kongsikan aplikasi berkaitan dengan POS Malaysia, namun aplikasi tersebut hanya dikhaskan untuk fungsi track and trace. Kini POS Malaysia sudah mengeluarkan sebuah aplikasi yang lebih lengkap dan komprehensif untuk kegunaan pelanggan mereka.
Antara fungsi yang ditawarkan pada aplikasi ini adalah :-
1. Track and trace
2. Kalkulator kos
3. Pencari poskod
4. Pencari cawangan
5. Pengesahan pra bayar
POS Malaysia juga bercadang untuk menambah fungsi pengesan kod bar untuk track and trace serta pra bayar pada masa hadapan.
Muat Turun

