
Peekaboo Moments
Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya tidak mahu terlepas moment indah bersama mereka. Anda boleh mencuba aplikasi Peekaboo Moments, di mana ia merupakan cara terbaik untuk menyimpan gambar-gambar anak secara digital dan menjadikannya sebagai sebuah jurnal. Moments Peekaboo telah dimuat turun oleh berjuta-juta ibu bapa di seluruh dunia, kerana aplikasi ini membolehkan anda menyimpan gambar anak-anak dengan selamat secara online.
Selain boleh menyimpan gambar anak-anak berdasarkan umur, pengguna juga boleh meletakkan caption mahupun nota pada gambar tersebut. Manakala untuk memudahkan anda mencari gambar yang disimpan, hanya menggunakan kata kunci mahupun memilih kategori yang telah disediakan. Anda juga dapat berhubung dengan ibu bapa di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi ini.
Muat Turun
- RM 0
- 37 MB
- Android 4.0 dan ke atas
- RM 0
- 49.1MB
- OS 6.0 dan ke atas