Color Switch

1. IconPermainan ini bakal mencabar kesabaran anda, jadi anda perlu tenang dan berhati-hati sekiranya anda ingin mencatatkan skor tertinggi. Sebiji bola terapung diberikan kepada anda yang akan dikawal melalui ketukan jari anda, setiap kali anda mengetuk skrin bola tersebut akan melambung. Misi anda adalah mengawal bola tersebut melalui halangan yang telah disediakan. Bola tersebut akan beruabah warna setiap kali anda melepasi halangan dan anda hanya boleh melalui penghalang yang mempunyai warna yang sama.

0

Jadi anda perlu ada koordinasi mata dan jari yang baik untuk mara di dalam permainan ini. Atasi setiap halangan dengan kesabaran dan penuh teliti, yang paling penting elakkan dari melanggar halangan yang mempunyai warna selain daripada warna bola anda.

Muat Turun

Android

  • RM0
  • 21MB
  • Android 3.0 dan  ke atas

iOS

  • RM0
  • 32.2MB
  • iOS 7.0 dan  ke atas

Windows Phone

  • RM0
  • 12MB
  • Windows Phone 8.0 dan ke atas

 

 

You might also like