
Samsung Galaxy A70e Pula Dah? Kebocoran Render Kini Muncul!
Kejutan lagi! Samsung mungkin muncul dengan smartphone baru lagi? Ia susulan terdapat khabar angin yang kini tersebar secara meluas di media sosial mengatakan syarikat terkemuka Korea Selatan itu dalam perancangan pembinaan satu lagi peranti di bawah siri A iaitu Samsung Galaxy A70e.

Memetik imej tersebar, Samsung Galaxy A70e mungkin membawakan persediaan tiga kamera utama (terdapat persediaan LED Flash) dengan sokongan pengimbas cap jari fizikal pada belakang peranti. Untuk skrin hadapan, ia mungkin mempunyai paparan Infinity-U – bezel pada sekeliling peranti dilihat sedikit tebal. Sumber juga mendedahkan peranti ini mungkin mempunyai bicu audio dan menyokong port MicroUSB.
Spesifikasi utama peranti masih belum diketahui. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini! Oh yea! Bagi yang berminat untuk dapatkan siri Samsung Galaxy S20, pra – tempahan telah pun dibuka sehingga 26 Februari ini! Jangan lupa dapatkan seunit hari ini juga! Layari, Samsung Malaysia.




