
Imej Penggoda Muncul Lagi! POCO X2 Sokong Pengecasan Pantas 27W
POCO X2 nampaknya menjadi topik hangat minggu ini. Terkini, satu lagi imej penggoda telah dikongsi – memperlihatkan peranti ini bakal dibekalkan dengan sokongan pengecasan cepat 27W. Nampaknya POCO tidak henti – henti mengacah orang ramai dengan kemcunculan pendatang mereka – dijadualkan diperkenal pada 4 Februari ini!

Pun begitu, keadaan menjadi semakin panas apabila terdapat kebocoran mendedahkan peranti adalah penjenamaan semula daripada Redmi K30 (4G). Malah jika diteliti imej penggoda yang tersebar sebelum ini, sememangnya kedua – dua peranti memiliki reka bentuk yang sama. Spesifikasi tertiris juga adalah serupa – termasuk kadar penyegaran 120Hz dan pengecasan pantas 27W.

Jika benar, ia pasti bakal mengecewakan mereka yang telah menunggu model baharu sejak POCO F1 dilancarkan pada 2018 – memandangkan ia memiliki peminat tersendiri. Apa-apa pun kita tunggu tuan empunya badan muncul secara rasmi dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

