
OPPO Reno3 & Reno3 Pro Kini Diperkenal – Sokong Rangkaian 5G + Pengecasan Pantas VOOC 4.0
Akhirnya! OPPO dengan rasminya memperkenalkan peranti terbaharu mereka di bawah siri Reno menerusi kemunculan OPPO Reno3 dan OPPO Reno3 Pro. Menariknya mengenai kedua-dua peranti ini adalah ia disertakan dengan penawaran yang hebat termasuk sokongan rangkaian 5G.

OPPO RENO3
OPPO Reno3 dibekalkan dengan skrin bersaiz 6.5″ bersama paparan berlubang yang menempatkan kamera hadapan sebesar 32MP. Ia menyertakan pengimbas cap jari pada skrin untuk tujuan keselamatan. Untuk dalaman, ia dijana oleh cip MediaTek Dimensity 1000L bersama paduan memori sehingga 12GB RAM, dan storan dalaman sehingga 128GB.
Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,025mAh dengan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. Untuk jambatan kamera pula, OPPO Reno3 dibekalkan dengan empat kamera utama dengan gabungan lensa 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (mono).

OPPO RENO3 PRO
OPPO Reno3 Pro dibina dengan paparan bersaiz 6.5″ AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin. Ia turut menyokong DCI-P3 bersama HDR10+ bagi melengkapkan keupayaan skrin. Ia dipadukan dengan sokongan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Enjin dalaman dijana oleh cip Snapdragon 765G.

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4020mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0. Untuk kamera, OPPO Reno3 Pro membawakan gabungan lensa 48MP + 8MP (ultra lebar) + 13MP (telefoto) + 2MP (mono). Menariknya, kamera ini diselitkan dengan kamera 5x zum hibrid yang menempatkan 2x zum optikal. Mengiringinya kamera swafoto sebesar 32MP.
Tersedia dalam 4 warna menarik seperti White, Black, Starry Night Blue dan Sunrise, siri OPPO Reno3 ditawarkan pada harga seperti di bawah :



