
Ujian Penanda Aras AnTuTu Snapdragon 865 Catat Skor Pecah Rekod – 568,919 Mata
Tahun 2020 semakin hampir – Qualcomm nampaknya menghantui orang ramai dengan kemunculan cip baru mereka iaitu Snapdragon 865 SoC. Qualcomm sehabis baik menonjolkan prestasi cip ini – mendakwa ia bakal menjadi cip terbaik di pasaran.

Terkini, cip tersebut dikatakan telah muncul di senarai ujian penanda aras AnTuTu. Snapdragon 865 muncul dengan kod nama “Kona” dan dilihat berjaya mencatatkan skor pecah rekod! Chipset tersebut menjaringkan skor 568,919 mata – sekaligus menduduki tempat teratas sekali. Ia merupakan peningkatan amat ketara berbanding Snapdragon 855 dengan purata skor sekitar 450,000 mata dan meninggalkan cip Bionic Apple A13.

Kalau nak dibandingkan dengan Snapdragon 855+, Kirin 990 5G dan MediaTek Dimensity 1000 – Snapdragon 865 masih mendahului. Hebat bukan? Aha, kita mungkin dapat melihat banyak peranti utama Android dikuasai cip ini pada tahun 2020. Stay tuned!

