
Senarai Peranti Sony Xperia Menerima Kemas Kini Android 10
Android 10 sudahpun diumumkan rasmi dari Google, walaupun Sony agak senyap dalam pengeluaran peranti mereka berbanding jenama lain, namun tetap menjaga pengguna mereka dengan menawarkan kemas kini Android 10 untuk peranti terpilih seawal Disember 2019 ini.
Melalui perkongsian dari blog Sony Mobile, Xperia 1 dan Xperia 5 akan menjadi peranti terawal menerima kemas kini Android 10 seawal Disember 2019, manakala Xperia 10, 10 Plus, XZ2, XZ2 Compact, XZ2 Premium dan juga XZ3 akan menerima awal 2020.

