[TERTIRIS] : Xiaomi Mi CC9 Pro Bakal Dibekalkan Dengan Cip Snapdragon 730G + Bateri 5,260mAh

Semakin dekat dengan hari pelancaran, nampaknya lebih banyak maklumat tertiris mengenai Xiaomi Mi CC9 Pro dikongsi. Salah satu daripada, peranti ini dikatakan bakal dibungkuskan dengan cip pemproses Snapdragon 730G. Perkara ini didedahkan tersebar secara meluas menerusi laman Weibo. Snapdragon 730G merupakaan pemproses paling berkuasa dalam siri Qualcomm 700. Ia diumumkan pada tahun ini dan digunakan dalam sejumlah peranti terkini termasuklah Samsung Galaxy A80 dan OPPO Reno2.

Di samping iyu, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi iaitu Lei Jun berkongsi imej memaparkan mengenai sokongan dalaman peranti tersebut untuk memberi gambaran mengenai sistem penta-camera. Kamera paling atas adalah lensa 5MP dengan sokongan 10x zoom hibrid – ia dibekalkan dengan penstabilan imej optik. Kemudian, ia diikuti oleh lensa potrait 50MP dan sensor 108MP adalah yang seterunya (terbesar antara semua). Lensa keempat adalah sebesar 20MP dengan sokongan sudet lebar dan akhir sekali iikuti, kamera 2MP untuk makro.

Pada masa sama, maklumat mengenai bateri juga telah terdedah di mana dia bakal membawakan bateri 5,260mAh bersama sokongan pengecasan pantas 30W Mi Charge Turbo – di mana Xiaomi mendakwa ia berupaya mengecas penuh dalam hanya 65minit. Benar atau tidak, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak pada 5 November 2019!

You might also like