
Sambutan Halloween yang bakal menjelang, HONOR Malaysia telah menawarkan promosi Treat & Treat kepada peminat mereka dengan potong sebanyak RM300 ke atas siri HONOR 20!
Tawaran menarik ini bermula dari 19 hingga 31 Oktober 2019, pelanggan yang membeli siri HONOR 20 dapat menjimatkan sehingga RM300 melalui laman rasmi hihonor, HONOR Experience Stores dan rakan kongsi di seluruh negara.
Tambahan lagi, siri HONOR 20 juga mengambil bahagian dalam kempen Rileks, Beli Je yang mana setiap pembelian peranti baharu ini dapat menikmati 1+1 jaminan waranti bermula 1 Oktober hingga 31 Disember.
BACA JUGA:
- Reviu Eksklusif: Kesempurnaan Rakaman Menerusi Lensa HONOR 20 Pro
- Reviu Eksklusif: Keajaiban Spesifikasi HONOR 20, Pasti Memukau Bagi Yang Melihat
- Reviu Eksklusif: Rakaman Mempersona Dengan HONOR 20 Lite, 3 Kamera Dengan 3 kali Keseronokan

