Lenovo Memperkenalkan Legion Truck Di Malaysia – Rasai Pengalaman Gaming Yang Menakjubkan!

Ini suatu perkara yang menarik apabila Lenovo kini telah memperkenalkan Legion Truck yang pertama yang dilengkapi dengan peralatan gaming yang terbina. Truck ini akan menjelajah di seluruh Malaysia bagi membenarkan anda mencuba sendiri peranting gaming terbaharu daripada Lenovo.

Menariknya, pemain bakal mencuba Lenovo Legion Y545 dan Lenovo Legion Y7000 dengan bermain permainan yang tersedia seperti Surge 2, Gear 5 dan Doom.

Bukan itu sahaja, Lenovo turut memberikan promosi yang berlangsung dari 1 oktober sehingga 31 Disember ini yang mana pembelian Legion T530 Gaming Tower dan Legion C530 Cube akan mendapat gaming mouse atau papan kekunci secara percuma!

Tambahan lagi, pembeli turut berpeluang untuk memenangi hadiah utama Lenovo Legion Y44w yang merupakan 43.4″ WLED Curved panel HDR Gaming Monitor serta edisi terhad Legion Swag..

Berikut adalah jadual perjalanan truck tersebut:

  • Sungei Wang – 19-20 October
  • Kuantan City Mall – 26-27 October
  • MyTow on 2 November
  • One Utama on 9 November

Truck ini akan berada di lokasi tersebut dari jam 12 tengahari hingga 9 malam. Gamer boleh menyertai dalam cabaran game dan membawa pulang hadiah daripada Legion.

Lebih banyak lokasi perjalanan truck ini akan di dedahkan. Jadi layari Laman Facebook Lenovo untuk mendapatkan maklumat terkini.

Beli Peranti Lenovo Di Sini:

____________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like