realme Perkasakan Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita 2025 Sebagai Penaja Platinum

realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan peranan sebagai Penaja Platinum Rasmi Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita 2025. Acara gemilang yang meraikan warisan budaya, semangat perpaduan serta gaya hidup aktif ini bakal menyatukan puluhan ribu peserta di Melaka pada 21 Disember 2025. Penajaan ini selari dengan falsafah realme dalam memperkasakan teknologi inovatif yang menghubung serta memberi inspirasi kepada generasi muda, sambil terus menyokong kekayaan tradisi Malaysia.

Kini memasuki edisi ketiga, Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita telah berkembang daripada acara larian santai tempatan kepada perayaan budaya bertaraf antarabangsa. Ia mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘Penyertaan Terbesar dalam Larian Kostum’ dengan 7,475 peserta pada tahun 2024 dan lebih 10,000 pelari dijangka memeriahkan edisi kali ini, dengan para peserta terdiri daripada warga Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei serta negara-negara lain.

Acara ini juga membawa makna istimewa sebagai inisiatif utama dalam mempromosikan pelancongan mampan serta pertukaran budaya menjelang Hari Pelancongan Sedunia 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025. Melalui dorongan serta galakkan peserta mempamerkan warisan masing-masing melalui kostum tradisional serta etnik, acara ini bukan sahaja memupuk perpaduan nasional malah menonjolkan Melaka sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia.

Sebagai Penaja Platinum Rasmi, realme bakal menawarkan teknologi terkini buat para peserta dan pengunjung dengan kawasan aktivasi realme yang eksklusif. Pengunjung boleh mencuba telefon pintar pemegang Rekod Dunia Guinness terbaharu iaitu realme C85 5G – telefon pertama di dalam segmen dengan pensijilan IP69 Pro yang tahan pancutan air bertekanan tinggi, rendaman sehingga 6 meter serta daya tahan terhadap 36 jenis cecair harian. Dilengkapi bateri gergasi 7000mAh Titan, kamera AI berkualiti tinggi serta capaian 5G pantas, ia menjadi peranti yang sesuai buat golongan muda. realme turut menyediakan pakej istimewa di tapak acara, cabutan bertuah, hadiah eksklusif serta cabaran teknologi bagi merancakkan lagi suasana.

realme kekal komited dalam menyokong inisiatif komuniti serta golongan muda dan menyediakan teknologi mampu milik bagi merapatkan jurang digital bagi semua.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi serta Facebook realme Malaysia. 

You might also like