PMGC 2025 Grand Finals Berakhir dengan Aksi Mendebarkan apabila ALPHA7 Menjulang Trofi

Kejohanan PUBG MOBILE GLOBAL CHAMPIONSHIP (PMGC) melabuhkan tirainya dengan pertembungan Grand Finals yang epik, menampilkan lima pasukan Asia Tenggara yang bertanding di pentas dunia dalam salah satu penamat akhir paling dramatik setakat ini. Kuasa besar Brazil, ALPHA7 muncul sebagai juara dengan menjulang trofi PMGC buat kali pertama selepas enam penampilan berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

Walaupun Peraturan SMASH dikuatkuasakan, keenam-enam perlawanan tetap berlangsung pada hari terakhir, dengan kejuaraan hanya ditentukan pada perlawanan terakhir kejohanan, memberikan penamat yang mendebarkan untuk peminat di seluruh dunia. Konsistensi dan ketenangan ALPHA7 di bawah tekanan menjadi faktor penentu kejayaan mereka meraih gelaran juara.

TOP daripada ALPHA GAMING dinobatkan sebagai MVP Final, meraih gelaran MVP PMGC buat kali kedua serta membawa pulang sebuah Porsche Cayenne. Skuad Mongolia sekali lagi menunjukkan status elit mereka dengan menamatkan saingan dalam kelompok tiga terbaik keseluruhan. ULF Esports pula mencatat kebangkitan mengagumkan pada Hari Ketiga untuk menuntut kedudukan naib juara, tetapi gagal untuk mencetuskan SMASH atau memintas pendahuluan mata ALPHA7.

Pasukan Asia Tenggara mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang kejohanan. Alter Ego dari Indonesia menamatkan saingan di kedudukan kelapan (#8), dengan pemainnya ROSEMARY dianugerahkan penghormatan individu ‘Best IGL’. ALLIANCE dari Malaysia pula menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu, mara melepasi Peringkat Kumpulan dan layak ke peringkat Last Chance, namun terlepas peluang ke Final dengan tipis, di mana hanya dua pasukan teratas berjaya melayakkan diri.

Vietnam menyaksikan nasib yang berbeza, dengan D’XAVIER menamatkan kedudukan keseluruhan tertinggi antara pasukan rantau ini. Pada masa sama, Team Flash berjaya memukau sebagai pasukan PMNC dalam penampilan sulung mereka di PMGC, apabila berjaya melayakkan diri ke Grand Finals. Tuan rumah Thailand pula berdepan saingan mencabar di peringkat Final, apabila pasukan jemputan Vampire Esports dan wakil Peringkat Kumpulan eArena gagal mengulangi prestasi cemerlang mereka di pentas akhir.

“Tahniah kepada semua pasukan yang mencapai peringkat global. Kami amat berbangga dengan ALLIANCE atas ketabahan dan keazaman mereka dalam bersaing antara yang terbaik di dunia. Perjalanan mereka mencerminkan pertumbuhan serta potensi ekosistem e-sukan tempatani. Menjelang kejohanan tahun hadapan, kami kekal komited untuk melabur dalam bakat, memperkukuh ekosistem, dan mewujudkan lebih banyak laluan untuk pasukan menyerlah di pentas global,” kata Eugene Chin, Pengurus Negara untuk Tencent Games di Malaysia.

PUBG MOBILE Global Championship (PMGC) 2025 dianjurkan oleh PUBG MOBILE. Untuk maklumat lanjut, layarii saluran media sosial rasmi PUBG MOBILE:

Laman PUBG MOBILE MalaysiaLaman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia
Facebook: PUBG MOBILE MalaysiaFacebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
Instagram: @pubgmobilemyofficialInstagram: @pubgmobile.esports.my
TikTok: @pubgmofficialmyTikTok: @pubgmobile.esports.my
Youtube: PUBG MOBILE Malaysia
You might also like