

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) hari ini melancarkan pakej penyelesaian (bundle) soundbox dan perkakas e-invois, diberi nama E-Invoice Soundbox. Produk CelcomDigi ini direka bentuk bagi membantu perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) seluruh Malaysia memudahkan dan melicinkan proses pembayaran dan menginvois secara digital. Sebagai syarikat telekomunikasi (telco) pertama perkenal penyelesaian seperti ini di pasaran, CelcomDigi menyediakan kaedah mudah, mampu milik dan mudah dicapai bagi PMKS melibatkan diri dengan yakin dalam ekonomi digital dengan operasi yang kental untuk masa hadapan.
Di persekitaran bisnes digital hari ini, banyak PMKS terpaksa berhempas-pulas menggunakan sistem baharu yang rumit, kos pemasangan tinggi, dan akses terhad kepada penyelesaian digital yang boleh dipercayai. E-Invoice Soundbox menawarkan penyelesaian pasang-dan-guna (plug-and-play) mampu milik yang memudahkan kedua-dua pembayaran dan invois menerusi pengesahan bayaran QR waktu nyata dan penjanaan e-invois automatik. Dengan gabungan semua ciri istimewa ini dalam perkakas kompak tunggal, penyelesaian dapat membantu menyelaras operasi harian, mengurang pertelingkahan dan kelewatan bayaran, serta meningkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.
E-Invoice Soundbox direka untuk berfungsi bahkan di wilayah keterhubungan terhad. Ideal untuk perniagaan tanpa sistem perakaunan khusus atau yang beroperasi di pedalaman di mana tiada kemudahan fiber. Perkakas yang dipakej dengan SIM CelcomDigi ini disokong oleh rangkaian CelcomDigi seluruh negara, membolehkan perkhidmatan yang boleh dipercayai, tanpa gangguan walaupun di lokasi akses internet terhad.
Dengan hanya RM88 sebulan, penyelesaian ini menawarkan alternatif kepada sistem e-invois konvensional yang kebanyakannya memerlukan pelaburan pendahuluan signifikan dan integrasi yang cukup rumit. Pengendali bisnes hanya perlu berdaftar tanpa sebarang integrasi sistem dengan pemasangan minimum; terima perkakas; pasang; dan terus digunakan — pengalaman sebenar plug-and-play. Direka dengan mengambil kira ciri keterangkuman, sehingga bisnes terkecil — pengendali warung, peniaga pasar malam — boleh menerima pakai penyelesaian ini dengan mudah, sekaligus membantu semua golongan kendali bisnes dengan halangan minimal.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan CelcomDigi menyokong PMKS Malaysia menelusuri transformasi digital. Peniaga boleh memfokus kepada usaha mencapai lebih ramai pelanggan, menggunakan sorotan masa nyata untuk membuat keputusan lebih pintar, dan memantapkan kemampuan bertahan terhadap ketidakpastian pasaran.
E-Invoice Soundbox boleh diperoleh di seluruh negara menerusi wakil penjual berdaftar CelcomDigi. Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh di laman web bisnes CelcomDigi.

