

BJAK, platform perbandingan insurans nombor satu di Malaysia, telah melancarkan kempen 9.9 Mega Giveaway. Berlangsung dari 25 Ogos hingga 9 September 2025, kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk mendaftar dengan BJAK bagi mendapatkan sebut harga insurans kenderaan secara percuma serta berpeluang memenangi hadiah gaya hidup dan teknologi eksklusif, di samping mengingatkan kepentingan perlindungan tepat pada masanya.
Antara hadiah menarik termasuk Kawasaki Ninja ZX-25R, Sony BRAVIA 8 65” Mini LED TV, Samsung Galaxy Z Flip7, Nintendo Switch 2, Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker, dan banyak lagi. Pemenang akan diumumkan pada 10 September 2025.
Cara Sertai BJAK 9.9 Mega Giveaway:
- Layari BJAK.com
- Dapatkan sebut harga insurans percuma
- Pilih hadiah pilihan anda
- Secara automatik layak menyertai cabutan bertuah
Sebagai ganjaran eksklusif, pelanggan yang memperbaharui insurans khusus pada 9 September 2025 akan menerima Percuma Pelan BJAK VIP Rescue, termasuk perkhidmatan towing tanpa had serta waranti lanjutan enjin & gear.

Kempen ini turut dimeriahkan dengan pelancaran jingle MV baharu “BJAK BJAK Hei”, menampilkan Shaheizy Sam, Mekyun, dan Arwind Kumar, yang menambah elemen hiburan dan dekat di hati rakyat untuk proses pembaharuan insurans.
BJAK 9.9 Mega Giveaway adalah sebahagian daripada kempen ‘Ini Baru BJAK’, yang menampilkan misi BJAK untuk menyediakan perlindungan VIP, penjimatan hebat, dan ganjaran menarik buat rakyat Malaysia. Inisiatif ini membantu pengguna membuat keputusan bijak sambil menikmati manfaat kekal dilindungi.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila layari BJAK.com.

